Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentHazeman Huzir Kongsi Tips ‘Travel’, Latih Diri Bawa Bagasi Saiz Medium –...

    Hazeman Huzir Kongsi Tips ‘Travel’, Latih Diri Bawa Bagasi Saiz Medium – ‘Selidik Dulu Populasi Negara Itu’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyampai radio dan pempengaruh, Hazeman Huzir berkongsi tips melancong ke luar negara tanpa perlu membawa beg bagasi yang banyak.

    Artikel berkaitan: Hazeman Huzir Derma Rambut Untuk Pesakit Kanser – ‘Aku Dah Janji Nak Wakaf Seluruh Tubuh’

    Artikel berkaitan: [VIDEO] Hazeman Huzir Dedah Terima Lamaran Wanita Ajak ‘Bertaaruf’ – ‘Minta Stop Ini Dah Kali Ketiga’

    Bawa barang yang perlu sahaja

    Menerusi perkongsian di TikTok Kool 101, Hazeman atau Haze berkata, kenal pasti barang yang tidak akan digunakan sewaktu pergi melancong.

    Tips travel luar negara macam mana untuk tidak bawa luggage besar-besar? Saya suka check in gobok eh tapi saya telah menjumpai cara iaitu kena melatih diri daripada luggage besar gobok (almari) tu kepada saiz medium.

    Kenal pasti apa yang perlu setiap kali kita travel dan apa yang bila balik kau tak pakai pun.

    Tak payahlah kau bawa seluar sampai lima pasang. Aku bawa dua je. Satu untuk buat kotor-kotor, kalau terkotor sangat tu satu lagi baru pakai untuk cover dia.

    Selain membawa pakaian yang banyak, Haze mendapati ramai yang suka membawa makanan kerana bimbang tidak menjumpai makanan halal di sesebuah negara yang dituju.

    Menurutnya, sebelum memilih destinasi, penting untuk membuat penyelidikan tentang populasi sesebuah negara supaya memudahkan hal seperti mencari makanan halal.

    Saya perasan korang ni bawa banyak sangat makanan, makanan tin, jajan apa semua sebab apa kebanyakan masa takut makanan mahal ataupun susah nak cari yang halal.

    Faham tapi saya nak cadangkan dekat sini korang boleh selidik populasi negara itu banyaknya majoritinya agama apa.

    Dalam pada itu, Haze turut mencadangkan untuk menggunakan khidmat pemandu pelancong bagi memudahkan perjalanan melancong di luar negara.

    Travel untuk manusia yang malas nak research, kau cari supir sahaja. Supir adalah bahasa Indonesia untuk pemandu atau tour guide tapi bukan untuk Indonesia sahaja semua negara cari supir di sana.

    Bila kau turun lapangan terbang tu pasti akan ada yang menunggu dan harga mereka dekat situ lebih murah daripada harga hotel.

    ALSO READ:  [VIDEO] Madammu ‘Say No’ Kepada Biawak Hidup – ‘Kita Wanita Kena Tahu Martabat & Maruah Diri’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts