Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentHazrat Muaz Meremang Lihat Ritual Kuda Kepang Demi Jayakan Watak – ‘Mereka Bagai...

    Hazrat Muaz Meremang Lihat Ritual Kuda Kepang Demi Jayakan Watak – ‘Mereka Bagai Dirasuk & Menjadi Orang Lain’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    lumping putih 2lumping putih 2

    Pelakon baharu Hazrat Muaz meluahkan rasa teruja apabila dapat menyaksikan sendiri ritual tradisi kuda kepang ketika terlibat dalam penggambaran telefilem Lumping Putih baru-baru ini.

    Pengalaman berharga

    lumping putihlumping putih

    Menurut Hazrat, dia amat mengagumi tentang seni warisan dan ritual tersebut meskipun mengakui turut berasa seram dan takut ketika pertama kali menyaksikan upacara tersebut.

    Saya teruja dalam masa dihambat perasan seram dan takut apabila menyaksikan upacara ritual tersebut.

    Bayangkan permulaan upacara sahaja, pemain kuda kepang tersebut bagai dirasuk dan menjadi orang lain. Mereka akan mula menari dan mengikut gerakan yang sukar untuk difahami.

    Selama ini saya hanya mengetahui tentang seni dan warisan kuda kepang tetapi kali ini bertuah kerana dapat terlibat sama dalam Lumping Putih bersama dengan pelakon hebat yang lain. Memang satu pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan.

    Aktor berusia 29 tahun itu berkata, tunjuk ajar yang diberikan oleh barisan pelakon telefilem ini telah banyak membantunya dalam menjayakan watak yang dibawa selain teruja dapat bekerjasama dengan mereka.

    Bila berada di set, saya gembira kerana semua pihak memberikan kerjasama baik untuk melancarkan penggambaran.

    Saya sendiri sudah membuat beberapa kajian tentang kisah kuda kepang ini agar dapat memahami dengan lebih jelas kisah Lumping Putih selain memahami kehendak pengarah.

    Hampir dua minggu kami berkampung di set penggambaran, banyak perkara baharu yang saya perolehi. Mereka ajar bagaimana untuk melontarkan dialog dan permainan emosi yang betul, saya sangat hargainya.

    Apa yang diangkat dalam naskhah ini bukan sekadar mahu mengingati kuda kepang semata-mata sebaliknya ia sarat dengan seribu satu pengajaran. Saya hormati mereka yang masih meneruskan tarian ini walaupun kebanyakan generasi muda sudah kurang mengenalinya.

    Yang mana baik, kita teruskan. Yang buruk pula kita tinggalkan. Apa yang penting mesej baik akan sampai kepada penonton.

    Untuk info, Lumping Putih merupakan telefilem yang diarahkan oleh Epo Jenon dan diterbitkan oleh pasukan Unit Drama RTM yang akan ditayangkan pada 7 Julai sempena sambutan Maal Hijrah.

    Selain Hazrat, antara pelakon lain yang terlibat termasuk Zaidi Omar, Azizah Mahzan, Soffi Jikan, Akmal Ahmad, Amalina Arham, Adam Ikmal, Ruzaidi Abd Rahman dan Asmidar.

    Lumping Putih merujuk kepada kuda kepang putih yang menjadi sebahagian daripada ‘watak’ penting kuda kepang. Telefilem ini bukan sahaja mengangkat tradisi berkenaan tetapi berani mengetengahkan unsur khurafat yang ada dalam setiap persembahan.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts