Syarikat katering, Zai Sri Gemilang (ZSG) berbesar hati bekerjasama dengan penyanyi dan komposer, Aina Abdul bagi menghasilkan ‘jingle’ rasmi perusahaan tersebut.
Jingle rasmi ZSG
Menurut Pengarah Urusan ZSG, Datin Zaiton Abdul Rahman, pihaknya teruja dengan projek yang dihasilkan bersama penyanyi berusia 30 tahun itu sekaligus mencerminkan dedikasi dan kreativiti kedua-dua pihak.
Saya amat berbangga dengan hasil kerja yang telah diciptakan bersama. Setiap projek dan inisiatif yang telah dilaksanakan itu menjadi aspek penting daripada semua yang terbabit bagi menjayakan ‘jingle’ rasmi ZSG.
Zaiton berkata demikian ketika ditemui di sidang media pelancaran Dendang Iklan Zai Sri Gemilang di MBSA Convention Centre, baru-baru ini.
Tambah Zaiton, kerjasama dengan pelantun lagu Terus Hidup itu sudah bermula sejak tahun lalu dan pihak ZSG sering terlibat untuk menyediakan pelbagai jenis menu makanan serta minuman di majlis dianjurkan Aina.
Kalau sesiapa perasan di muzik video Jangan Mati Rasa Itu, ada nama syarikat kami di penghujung klip terbabit. Dari situ, kami banyak memberikan kerjasama dengan Aina untuk menyediakan katering.
Dari pelancaran lagu, album dan konsert, kami di ZSG sentiasa memberikan sokongan kepada Aina. Sehinggalah kemuncak kerjasama apabila terhasillnya ‘jingle’ ini.
Alhamdulillah juga, Aina ada beberapa kali menghadirkan diri di acara bagi mempromosikan pakej ZSG kepada bakal pengantin.
Semuannya berjalan dengan baik dan kami berpuas hati dengan komitmen sepanjang setahun kami bekerjasama. Malah, Alhamdulillah, orang mulai percaya dengan kami sekaligus membantu meningkatkan hasil pendapatan.
Pengaruh selebriti
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ZSG iaitu Norhafizah Abd Karim berkata, selepas 20 tahun, pihak ZSG mula memikirkan untuk menggunakan pengaruh selebriti sebagai medium mempromosikan perkhidmatan mereka.
Setiap tahun kita ada perubahan, jadi untuk tahun ini kita mulakan dengan menggunakan artis sebagai tujuan promosi. Sebenarnya, sejak dari 2019, kami telah beberapa kali menaja katering bagi perkahwinan artis.
Aina bersama dengan kami dari Ogos tahun lalu sehinggalah Ogos tahun ini. Maka, sebagai kemuncaknya kami bekerjasama menghasilkan ‘jingle’ bersama Aina.
Pesta kahwin
Berbicara lanjut mengenai servis ZSG, Norhafizah berkata, pihaknya bukan sekadar menyediakan makanan malah turut menawarkan pakej perkahwinan lengkap termasuklah dewan, pelamin, jurugambar serta pengacara majlis di bawah satu bumbung.
Kami di ZSG diibaratkan sebagai ’one stop centre’ untuk bakal-bakal pengantin. Kami juga datangkan sekali pakej dekorasi makanan standard hotel.
Kita memahami kesibukan anak-anak muda yang dah merancang untuk berkahwin tapi tiada masa untuk fikirkan sebuah majlis perkahwinan.
Bakal pengantin boleh datang kepada kami dan kami akan bantu menguruskan majlis kahwin mengikut kehendak mereka. Kami komited merealisasikan impian perkahwinan kepada realiti.
ZSG akan berada di MBSA Convention Centre, Shah Alam pada 3 November depan, pukul 11 pagi hingga 6 petang.
Ini merupakan projek sulung syarikat itu menganjurkan Pameran Perkahwinan secara mega setelah beberapa siri Hari Terbuka yang dijalankan setiap tahun.
Malah, ZSG turut menawarkan promosi akhir tahun kepada bakal pengantin yang sedang merancang hari bahagia pada tahun hadapan.
Video
@urtv_official Aina Abdul pun pilih Zai Sri Gemilang tau! Korang bila lagi? ?? #ainaabdul #zaisrigemilang #fyp #utusantv #urtv #sembangentertainment #trendingnewsmalaysia ? Wedding piano songs – Cookey