Penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura, Hetty Sarlene mendedahkan pernah berjumpa bomoh bagi mendapatkan jawapan dirinya diganggu makhluk halus.
Artikel berkaitan: Penantian 4 Tahun Berakhir, Hetty Sarlene Selamat Bersalin Baby Boy. 16 Jam Bertarung Dalam Labour Room!
Artikel berkaitan: Hetty Sarlene Masih Dikecam Peminat
Jumpa bomoh
Menerusi temu bual di podcast Ruqyah dan Mantera, Hetty menceritakan pernah beberapa kali dirasuk dan mendakwa ada pihak yang menghantar sihir kepadanya.
Menurutnya, dia pernah mendapatkan rawatan berubat dengan ustaz yang mengatakan ada pihak yang iri hati dengan pencapaian kerjayanya.
Malah, Hetty juga berjumpa dengan bomoh untuk mengenalpasti masalah tersebut.
Ada juga saya jumpa bomoh sebab saya nak tahu kenapa. Bomoh ni pulak kasi saya pilihan yang ‘kau nak hantar balik tak?’ tak nak lah. That’s not right.
Pada saya, saya tak nak tahu siapa yang hantar dekat kita dan saya tak nak hantar balik.
Sometimes kita ni nak experience je. Kita jumpa bomoh ni, kita jumpa ustaz ni.
Lebih percaya ustaz
Meskipun berjumpa bomoh, dia lebih mempercayai ustaz dan meminta pertolongan daripada Tuhan.
Tapi of course kita balik ke Ustaz. Ustaz ni akan semak rumah kita, azankan semua.
Yang bomoh ni saya terfikir, betul ke pak cik ni eh? Dia suruh aku bagi gambar dan mandi tapi saya tak buat sebab saya benda ni tak betul.
Apa-apa pun kita tetap solat dan minta pada Allah SWT semuanya akan dipermudahkan untuk kita. Siapa yang nak buat, silakan. Tapi kita tak akan hantar balik dekat dia sebab dapat apa?