Sememangnya peralatan memasak mempengaruhi mood kamu untuk memasak.! Lagi-lagi kalau periuk atau kuali yang berwarna-warni menghiasi ruang dapur, wow rasa seronok melihatnya. At least, itu yang penulis rasa, tak tahu pula pada kamu semua.
Hari ini, penulis nak bercerita sikit tentang periuk belanga dari Cosmic Cookware. Ada yang pernah dengar atau menggunakan alatan memasak dari jenama tersebut?
Cosmic Cookware baru saja melancarkan koleksi edisi terhad ‘Aidil’, perkakas memasak berwarna green bean (kacang hijau) sempena bulan penuh mulia ini. Warna ini sekaligus menambahkan sedikit keriangan pada dapur rumah kamu.
Koleksi baru direka untuk menjadikan pengalaman dapur mudah, memastikan memasak tidak lagi menjadi satu tugasan. Sebaliknya dilakukan dengan kesenangan dan keseronokan.
Bukan itu saja, Cosmic Cookware turut memperkenalkan Cosmo Saucepan yang serba baru, tersedia secara eksklusif dalam green bean. Cosmo Saucepan sempurna digunakan untuk merebus, mereneh dan banyak lagi. Alat memasak yang diperakui dari Swiss ini tidak toksik, memastikan makanan kamu kekal selamat dan sihat untuk dimakan.
Koleksi ‘Aidil’ kini tersedia untuk pembelian melali laman web www.cosmiccookware.com.
Bila perkakas dapur warna-warni serba baru, barulah rasa syok nak masak yang sedap-sedap.
Credit: Selera – Murai MY