Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentHidap Kanser Di Usia 75 Tahun, Istana Buckhingham Dedah Raja Charles III...

    Hidap Kanser Di Usia 75 Tahun, Istana Buckhingham Dedah Raja Charles III Sedang Dirawat

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Buat anda yang tidak tahu, Raja Charles III telah disahkan mengidap kanser dan telah menangguhkan jadual tugasnya buat sementara waktu.

    Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Buckhingham, jenis kanser yang dihadapi oleh Raja Charles III belum didedahkan tetapi raja telah melakukan rawatan yang diperlukan.

    Lihat kiriman ini di Instagram

    Kiriman telah dikongsi oleh The Royal Family (@theroyalfamily)

    IKLAN

    Sebelum disahkan mengidap kanser, Raja Charles III telah menghabiskan masanya selama tiga malam di sebuah hospital pada bulan lalu selepas menjalani prosedur pembetulan untuk pembesaran prostatnya.

    Semasa menjalani prosedur tersebut, pihak hospital telah menemui satu isu kebimbangan yang berasingan. Dan menurut pihak istana, ujian terus dilakukan dan telah mengenal satu bentuk kanser.

    Foto – CNN

    Dipetik daripada Reuters, pihak istana menegaskan bahawa Raja Charles III tidak menghidapi kanser prostat.

    Berita mengenai penyakitnya ini telah dimaklumkan secara peribadi kepada kedua-dua anak lelakinya, Putera William dan Putera Harry. Putera William dilaporkan kerap berhubung dengan bapanya, manakala Putera Harry dijangka akan kembali ke United Kingdom dalam masa terdekat.

    Semoga cepat sembuh Raja Charles III!


    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts