Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentHidap Masalah Kesihatan Mental, Ini Yang Janna Nick Buat Untuk Kawal Emosi...

    Hidap Masalah Kesihatan Mental, Ini Yang Janna Nick Buat Untuk Kawal Emosi & Kekal Gembira

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Rasanya semua orang sudah tahu yang selebriti Janna Nick didiagnos menghidap penyakit bipolar iaitu salah satu masalah kesihatan mental. Pernah dikongsinya suatu ketika dulu, penyakit bipolar ini telah mempengaruhi sebahagian besar kehidupannya; membuatkan dia tidak dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

    Selepas berjumpa dengan pakar psikiatri dan melakukan pelbagai cara untuk merawat penyakit bipolarnya itu, Janna Nick ada mengongsikan beberapa tips yang dilakukannya untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik dan ceria.

    Antaranya adalah, pada setiap pagi Janna Nick akan mulakan harinya dengan senaman. Katanya, sekiranya badan dan emosi tidak berada dalam keadaan stabil, melakukan senaman pagi dapat membantunya untuk mendapat mood yang baik.

    “Kalau rasa tak best, moody tak tentu pasal, stress and down, exercise lah sebab it will help you release endorphins and stimulate various brain chemicals. (Natural painkillers and mood elevators).”

    Manakala untuk kekal gembira dan kawal emosi walaupun menghidapi masalah kesihatan mental, Janna Nick mendedahkan yang dirinya akan jalani kehidupan yang aktif. Bukan itu sahaja, dia juga pastikan dirinya mengambil makanan yang berkhasiat untuk badan.

    Sekadar info, penyakit bipolar melibatkan perubahan mood yang drastik antara tahap euforia (mania) dan tahap kesedihan yang mendalam (depresi).


    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts