Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentHidayah Kongsi Foto Di Atas Pelamin Dengan Seorang Jejaka, Beri ‘Hint’ Sudah...

    Hidayah Kongsi Foto Di Atas Pelamin Dengan Seorang Jejaka, Beri ‘Hint’ Sudah Bertunang?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Berkaitan dengan pelawak, Allahyarham Abam Bochey iaitu Nor Hidayah telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas berkongsi satu foto yang memaparkan dirinya berada di atas pelamin.

    Beri ‘Hint’ Sudah Bertunang?

    Hidayah, menerusi foto yang dimuat naik di Instagram, dapat dilihat Hidayah yang mengenakan busana berwarna putih dan biru itu tersenyum manis sambil memegang sejambak bunga, ketika berdiri di sebelah seorang jejaka yang membelakangi kamera yang juga menggayakan kemeja lengan pendek berwarna biru.

    “💙💙.”-kapsyen ringkas Hidayah di Instagram

    “Alhamdulillah, Awak Berhak…”

    Hantaran Hidayah yang seolah-olah memberikan ‘hint’ bahawa dirinya kini sudah bertunang dan menjadi tunangan orang itu turut dibanjiri dengan komen netizen yang turut tumpang gembira, malah ramai yang menitipkan doa buat ibu kepada seorang cahaya mata ini.

    Sekadar info, Hidayah pernah mendirikan rumah tangga dengan Abam Bochey pada tahun 2007. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Jufrey yang kini berusia lima tahun.

    Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Redzuan atau lebih dikenali sebagai Abam menghembuskan nafas terakhirnya pada 10 Februari 2020 disebabkan demam panas ketika berusia 32 tahun.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts