Balu kepada pelawak, Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali menitipkan ucapan sempena ulang tahun kelahiran yang ke-37 buat arwah suaminya itu.
Cinta tak pernah padam
View this post on Instagram
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Hidayah memaklumkan perasaan cintanya terhadap arwah Abam tidak pernah hilang dan masih seperti dulu meskipun mereka kini sedang berada di dua dunia yang berbeza.
19 Januari 2025, selamat hari lahir suaminya tersayang, genap umurmu 37 tahun.
Walaupun kita terpisah jauh antara dua dunia, rasa cinta dan sayang pada abang masih seperti dulu.
Pengikat cinta kita adalah anak kita iaitu Syed Uthman Hamzah. Al-fatihah buat suamiku, Syed Umar Mokhtar.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan ucapan hari jadi buat arwah Abam dan mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat.
Untuk rekod, Hidayah sebelum ini mendirikan rumah tangga bersama pelawak, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan pada 2017 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Hamzah yang kini berusia enam tahun.
Walau bagaimanapun, jodoh Hidayah dan Abam tidak berpanjangan selepas pelawak itu menghembuskan nafas terakhirnya pada 10 Februari 2020 lalu akibat demam panas.