Kemunculan penyanyi Indonesia, Mahalini di Funtastic Day 2024 yang berlangsung pada malam Sabtu mencuri tumpuan apabila ramai penonton hampir tidak mengenali wajah ‘terbarunya’.
Hidung Mahalini semakin mancung?
Menerusi video tular di TikTok, memaparkan isteri kepada penyanyi, Rizki Febian itu mengenakan pakaian berona hitam sambil mendendangkan lagu hitnya di atas pentas.
Namun penonton perasan bahawa terdapat perbezaan pada wajah Mahalini. Mereka mendakwa hidung pelantun lagu ‘Sial’ itu kelihatan lebih muncung berbanding sebelum ini. Bukan sahaja pada bahagian hidung malah bahagian mata Mahalini juga terlihat berlainan.
Namun menurut sumber, Mahalini melakukan pembedahan tersebut bukanlah bertujuan untuk kecantikan sebaliknya disebabkan masalah kesihatan yang dialaminya. Doktor menyarankan untuk melakukan pembedahan tersebut kerana tulang hidung Mahalini bengkok.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendakwa penyanyi berusia 24 tahun itu telah menjalani pembedahan hidung dan kelopak mata di Korea Selatan pada Jun lalu.
Dalam pada itu, mereka akui rindu untuk melihat wajah Mahalini yang dulu selain berpendapat bahawa wajah asli Mahalini jauh lebih cantik dan manis berbanding sekarang.