Pelakon Nad Zainal mengakui bahawa suaminya, Ungku Ismail Aziz merupakan individu yang sentiasa membimbing dirinya dalam menentukan hala tuju hidup.
Tidak pernah mengongkong
Menurut Nad, suaminya tidak pernah mengongkong kerjaya seni dan kehidupannya sejak mereka mendirikan rumah tangga lebih setahun yang lalu.
Suami tidak pernah mengongkong saya dan semuanya okey saja. Kalau mengongkong, pasti kita akan berasa tertekan dan terbeban tetapi ini biasa saja. Normal seperti pasangan suami isteri lain. Ketika hamil, memang saya kurang aktif tetapi masih ambil tawaran berlakon. Selepas bersalin pun, saya berlakon semula.
Bagi saya, itu bukan mengongkong. Sebaliknya, suami sekadar mengingatkan diri ini.
Sebagai isteri, Nad percaya bahawa suaminya itu mampu membentuk dirinya untuk menjadi seorang wanita yang lebih bertanggungjawab. Pada masa yang sama, pelakon ‘Takdir Yang Tertulis’ ini berkata, dia perlukan seseorang yang faham mengenai situasi dirinya sebagai ibu dan pelakon.
Saya juga suka kalau ada orang yang boleh melentur saya. Tidak bermakna kalau sudah berkahwin saya tak boleh berlakon. Hidup saya kini banyak berubah selepas berkahwin dan semakin tenang berbanding dulu.
Suami adalah individu yang faham akan keadaan ini kerana dia juga pelakon. Jadi mudah untuk kami mencorak kehidupan. Sebelum ini semua benda saya nak buat dan tergesa-gesa hingga akhirnya saya jadi seorang yang pemarah akibat tekanan. Tetapi sejak ada suami, dia banyak ajar saya perkara yang saya tak sedar.