Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Hijrah Prihatin Kisah Mereka’ Santuni 40,000 Golongan Memerlukan, Warga Emas & Kelab...

    ‘Hijrah Prihatin Kisah Mereka’ Santuni 40,000 Golongan Memerlukan, Warga Emas & Kelab Met Harian Metro Antara Terpilih

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    TV AlHijrah,TV AlHijrah,

    Sempena meraikan sambutan ulang tahun ke-14 TV AlHijrah, stesen televisyen tersebut telah menyantuni golongan memerlukan dengan memberikan bakul makanan yang merangkumi makanan keperluan asas kepada empat pertubuhan terpilih.

    Hijrah Prihatin Kisah Mereka

    TV AlHijrah,TV AlHijrah,

    Sebanyak 100 bakul makanan diberikan kepada Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia, PPR Desa Tun Razak, Cheras (Mualaf), Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Al Mahabbah dan Pusat Jagaan Warga Emas Al-Fattah.

    Ketua Kumpulan Integrasi Media & Hal Ehwal Korporat TV AlHijrah, Saifulizan Sidek berkata, sumbangan yang diberikan dibuat melalui inisiatif program Hijrah Prihatin Kisah Mereka.

    Malah, pihaknya menganjurkan program tersebut kerana ingin lari daripada kebiasaan sambutan ulang tahun stesen berkenaan.

    Selalunya kami yang menerima hadiah atau kek sempena tahun ulang tahun, tapi tahun ini kami ingin berkongsi rezeki kepada golongan yang memerlukan.

    Kami percaya inisiatif seperti ini lebih dekat dengan masyarakat.Kami sudah mengadakan pelbagai program sambutan, jadi kali ini kita cuba lari daripada kebiasaan.

    Kita perlu berkongsi program yang selalu dibuat tapi tak nampak di televisyen yang mana ia sangat signifikan dengan TV AlHijrah.

    Sementara itu, tidak terkecuali, Kelab Met Harian Metro yang menerima sumbangan berupa 30 bakul makanan merangkumi barangan asas dan keperluan harian kepada beberapa kategori kakitangan yang layak.

    Kawasan pendalaman

    TV AlHijrah,TV AlHijrah,

    Melanjutkan bicara, Saifulizan berkata, Hijrah Prihatin juga telah menyantuni penduduk yang menetap di pulau terpencil dan kawasan pendalaman sejak program berkenaan dianjurkan.

    Antara pulau itu adalah Pulau Redang, Pulau Aur, Pulau Pangkor, Pulau Tuba dan empat pulau di Semporna, Sabah.

    Hampir 10 pulau kita sudah pergi. Seperti kita tahu, kos kehidupan di pulau tiga kali ganda lebih tinggi dari tanah besar. Jadi, kita bantu mereka dengan tujuan meringankan bebanan.

    Kami turut bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi-agensi agama di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

    Kalau boleh memang nak bagi semua orang merasa. Sebab itu kita cuba sedaya upaya bantu. Ada kes berkala dan ada kita pantau.

    Bukan nak menunjuk, tapi kita nak memberi galakkan kepada rakan-rakan korporat lain untuk sama-sama menyumbang.

    ALSO READ:  [VIDEO] ‘Kasih Saya Terhadap Awak Kekal Selamanya’ – Ucapan ‘Sweet’ Mimi Lana Sempena Hari Lahir Syafiq Kyle

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts