Pelakon Hisyam Hamid akhirnya membuka mulut mengenai desas desus keretakan rumah tangganya dengan isteri, Rosmawati Hanafi.
Sah cerai
Ketika ditemui di Sidang Media drama Cinta Untuk Sekali Lagi dan Bunga Salju yang berlangsung di Zebra Square pada petang Khamis, Hisyam atau nama sebenarnya Hazmi Hisyam Abdull Hamid, berkata dia dan Rosmawati atau lebih mesra dengan panggilan Mel akui selesa menjalinkan hubungan sebagai kawan baik sahaja.
Buat masa ini kami selesa berkawan baik. Lebih daripada itu saya tak pasti, masa yang akan tentukan.
Saya tak nak sebab satu titik hitam yang berlaku, musnahkan segalanya. Masing-masing dah minta maaf. Buat masa ini, jalan terbaik adalah dengan tidak lagi menjadi suami isteri.
Sementara itu, Hisyam yang berusia 39 tahun itu akui dia dan Mel ingin melupakan perkara yang terjadi selain mahu meneruskan kehidupan masing-masing.
Dia adalah ibu kepada anak-anak saya. Hampir 20 tahun kami bersama, sepanjang 20 tahun itu tak semua negatif dan banyak perkara baik yang berlaku. Itu adalah pengorbanan besar yang paling besar bagi seorang wanita melahirkan anak-anak.
Dalam pada itu, Hisyam berkata sebelum ini dia mengambil keputusan untuk tidak mengulas lanjut berhubung isu rumah tangganya kerana tidak mahu menjejaskan anak-anaknya.