Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentHONOR Mengenalkan Teknologi Penjejakan Mata Berkuasa AI Yang Mampu Menggerakkan Dan Menghidupkan...

    HONOR Mengenalkan Teknologi Penjejakan Mata Berkuasa AI Yang Mampu Menggerakkan Dan Menghidupkan Kereta Dengan Pandangan!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Sempena pelancaran global Siri HONOR Magic 6 di Mobile World Congress (MWC) 2024, HONOR bakal memperkenalkan Ciri Penjejakan Mata dengan kecerdasan buatan (AI) kepada dunia.

    Melalui Ciri Penjejakan Mata Berkuasa AI ini, pemandu boleh mengalihkan kenderaan mereka hanya dengan menggunakan pandangan pada skrin HONOR Magic6 Pro tanpa sentuhan fizikal atau arahan suara. Canggih betul kan?

    Hasil kerjasama dengan jurutera automotif terkenal dunia!

    Kalau korang nak tahu, HONOR telah bekerjasama dengan jurutera automotif terkenal dunia, Profesor James Brighton untuk membangunkan Ciri Penjejakan Mata Berkuasa AI ini.

    Walaupun masih dalam eksperimen, Ciri Penjejakan Mata Berkuasa AI ini dapat menghidupkan dan mematikan enjin kereta, selain menggerakkan kereta ke hadapan dan mengundur.

    Kawalan jarak jauh! Hanya lihat ikon pada skrin!

    Video diatas jelas menunjukkan kawalan Ciri Penjejakan Mata Berkuasa AI pada HONOR Magic6 Pro! Hebatkan?

    Enjin kereta dapat dihidupkan, dimatikan dan kereta juga boleh bergerak kehadapan dan kebelakang tanpa sebarang masalah walaupun kawalan Ciri Penjejakan Mata Berkuasa AI digunakan daripada jarak jauh.

    Semua ini dilakukan dengan hanya melihat pada ikon tertentu yang tertera pada skrin HONOR Magic6 Pro.

    Bagi korang yang belum tahu, HONOR Magic6 Pro dilengkapi dengan penderia hadapan yang dapat mengesan pergerakan mata dan mengecam ikon yang sedang  dilihat oleh penggunanya.

    Peranti ini juga dikuasakan dengan sistem AI khusus untuk mengawal kenderaan korang.

    Jadi, jangan lepaskan peluang untuk bersama menyaksikan pelancaran global Siri HONOR Magic6 pada 25 Februari 2024, pada 8.30 malam di

    Banyak maklumat berkaitan Ciri Penjejakan Mata Berkuasa AI pada HONOR Magic6 Pro boleh korang dapatkan disana.

    ALSO READ:  Anak Khazrul Elzey Berdiri Atas Kaki Sendiri, Tidak Suka Harap Duit Keluarga – ‘Saya Cuma Fikir Macam Mana Jadi Kaya’
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts