Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentHos Selebriti Meerqeen Mengalu-alukan Anda ke Rumah Terbuka Raya Airbnb

    Hos Selebriti Meerqeen Mengalu-alukan Anda ke Rumah Terbuka Raya Airbnb

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Alamilah finale Raya yang paling luar biasa! Airbnb teruja untuk menjemput anda ke Rumah Terbuka ‘Riangnya Raya Bersama Airbnb’.

    Menampilkan Meerqeen Sebagai Hos Rumah

    via Airbnb

    Tahun ini Airbnb menampilkan artis Malaysia berkarisma, Meerqeen! Pelakon itu kini sudah menjadi Hos Airbnb, dan mengalu-alukan para tetamu ke percutian Raya yang istimewa di penginapan Airbnb kegemarannya yang mesra keluarga.

    Rumah Terbuka ‘Riangnya Raya Bersama Airbnb’ yang dihoskan bersama Meerqeen bakal berlangsung di Hulu Langat pada hujung minggu 11 hingga 13 Mei 2024.

    Penginapan dua malam yang istimewa itu ditawarkan pada hanya RM100* dan boleh memuatkan sehingga 10 orang tetamu.

    Bersalam-salaman, perbualan yang tulus ikhlas dan detik-detik penuh gelak ketawa yang dimeriahkan lagi dengan sajian rendang dan ketupat – pertemuan dengan Meerqeen ini pastinya merupakan cara istimewa untuk menutup sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

    Persembahan Istimewa Oleh Meerqeen

    via Airbnb

    Para tetamu berpeluang beramah mesra dengan artis popular itu sambil menyediakan juadah raya yang lazat bersamanya.

    Malah, mereka juga berpeluang menikmati persembahan muzik istimewa oleh Meerqeen, dikelilingi kehijauan hutan tropika Hulu Langat yang memukau.

    Meerqeen yang terkenal dengan persembahan yang menawan dalam skrin dan karisma yang hebat di luar skrin, akan mengalu-alukan anda secara peribadi bersama Superhos Airbnb tempatan, Ayu.

    Lereng Tanah merupakan sebuah vila yang luas. Ia dikelilingi kehijauan yang indah dan terletak kurang dari satu jam pemanduan dari Kuala Lumpur.

    Kawasan Yang Sangat Selesa

    via Airbnb

    Ia terletak di atas bukit yang nyaman dan menawarkan lapan bilik tidur yang selesa serta satu kawasan umum yang luas untuk berkumpul dengan insan-insan tersayang, menjadikannya tempat ideal untuk berehat bersama rakan dan keluarga.

    ALSO READ:  ‘Kalau Tengok Dekat Telegram Tolonglah Jangan Bagitahu Kami’ – Azhan Rani

    Ruang tamu utamanya mempunyai tingkap kaca dua tingkat yang menghadap sebuah patio yang indah, dapur terbuka yang serba lengkap, kawasan BBQ terbuka dan lubang bakar yang ideal untuk berborak-borak di bawah sinaran bintang.

    Tempahan akan bermula di airbnb.com/rayawithmeerqeen pada hari Rabu, 1 Mei, jam 9:00 pagi.

    Hanya satu tempahan yang tersedia. Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini! Siapa cepat dia dapat!

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts