Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, December 12, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentHospital Swasta Perjelas Isu Beku Bayi 16 Hari, Dakwa Pasangan Belum Berkahwin...

    Hospital Swasta Perjelas Isu Beku Bayi 16 Hari, Dakwa Pasangan Belum Berkahwin & Mahu Urus Pengebumian Sendiri

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Setelah menerima kecaman daripada netizen susulan isu menahan dan membekukan mayat bayi yang baru dilahirkan, sebuah hospital swasta di Klang tampil memberikan penjelasan terhadap kejadian yang berlaku.

    Dakwa pesakit lahirkan anak luar nikah

    Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan di Facebook, Hospital Bersalin Razif (HBR) memaklumkan pihak mereka didatangi seorang wanita yang berada dalam keadaan kesakitan untuk bersalin.

    Atas dasar kemanusiaan, pihak HBR menjalankan proses bersalin meskipun wanita tersebut tidak pernah melakukan sebarang pemeriksaan saringan di hospital.

    Pesakit tersebut kemudiannya dibawa ke hospital oleh ‘suaminya’ (yang kemudian mendakwa mereka tidak pernah berkahwin).

    HBR menerima pesakit tersebut atas dasar kemanusiaan meskipun beliau tidak mendaftar awal atau disaring sebelum itu.

    Pesakit dibawa ke bilik bersalin dan melahirkan bayi hampir serta-merta dan bayi tersebut didiagnosis dengan sindrom Cyclops, iaitu dengan satu mata, tiada hidung dan tiada dubur.

    Walau bagaimanapun, bayi tersebut disahkan meninggal dunia selepas beberapa minit dilahirkan dan dilaungkan azan oleh bapanya.

    Pasangan nak uruskan sendiri pengebumian anak

    Selepas kematian si bayi, pihak hospital mengeluarkan permit untuk menguruskan proses pengebumian, namun mendakwa wanita tersebut dan pasangannya mahu melakukan proses pengebumian sendiri.

    Pihak HBR turut mencadangkan agar pesakit dan suaminya mendapatkan bantuan pihak polis namun cadangan itu ditolak.

    Beberapa usaha untuk berbincang dengan ‘suami’ berkenaan pengebumian gagal, dan HBR turut cuba mendapatkan maklumat mengenai keluarga pesakit, tetapi pesakit enggan memberikan sebarang kontak.

    Pesakit mendakwa bahawa beliau tinggal di sebuah bilik sewa bersama ‘suaminya’ dan tidak mempunyai saudara-mara atau rakan-rakan di kawasan tersebut.

    Pihak pengurusan HBR telah berbincang dengan pesakit mengenai bantuan pihak polis untuk menyelesaikan isu pengebumian, tetapi pesakit memohon agar pihak polis tidak dilibatkan dan terus mendakwa bahawa semua keputusan harus dibuat oleh ‘suaminya’.

    Pihak HBR terus berusaha untuk membantu namun menghadapi kesulitan kerana pesakit enggan bekerjasama sepenuhnya.

    Di akhir hantaran, pihak HBR menegaskan bahawa mereka akan sentiasa komited dan telus dalam melakukan apa-apa urusan melibatkan kesejahteraan pesakit.

    ALSO READ:  Kisah Penderitaan Mak Ayah Mila Jirin: Makan Nasi Dengan Garam, Tanpa Elektrik dan Minyak Tanah

    Terdahulu, Pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ) yang dikenali sebagai Mr Wan Cai berkongsi kisah sedih satu jenazah bayi yang didakwa telah dibekukan dan ditahan selama 16 hari di sebuah hospital swasta kerana bapanya tidak mempunyai kewangan yang cukup untuk menguruskan jenazah tersebut.

    Perkongsian tersebut telah menyorot perhatian wargamaya yang simpati dengan nasib menimpa bayi itu serta telah mengecam pihak hospital.

    Sumber: FB Hospital Bersalin Razif

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts