Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 18, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentHot FM Rangkul Anugerah Jenama Tahunan The BrandLaureate 2024

    Hot FM Rangkul Anugerah Jenama Tahunan The BrandLaureate 2024

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    The World Brands Foundation (TWBF) mengiktirafkan Hot FM sebagai penerima Anugerah Jenama Tahunan The BrandLaureate 2024 menerusi DigiTech BestBrands Award.

    ‘Ayuh menuju masa depan yang lebih cerah’

    Anugerah Kecemerlangan dalam Integrasi Media Digital ini menekankan komitmen Hot FM terhadap inovasi dan peranannya dalam mentransformasikan landskap radio Malaysia di era digital.

    Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio iaitu Nazri Noran, pengiktirafan anugerah ini merupakan semangat, kreativiti dan inovasi yang mendorong pasukan Hot FM.

    Sejak penubuhannya pada tahun 2006, dan seterusnya dijenamakan semula pada tahun 2021 di bawah Media Prima Audio, kami telah mentakrifkan semula radio dengan menggabungkan penyiaran tradisional dengan platform digital terkini, mewujudkan interaksi yang tiada tandingan melalui media sosial, penstriman, dan aplikasi mudah alih.

    Kepada pasukan kami, kemenangan ini milik anda! Dedikasi anda memastikan kami terus berada di hadapan. Kepada rakan kongsi dan semua yang berinteraksi dengan Hot FM, anda adalah sebab kami terus melangkaui batas. Ini hanya permulaan ayuh menuju masa depan yang lebih cerah bersama-sama.

    Sementara itu, Pengarah Kandungan Kanan Hot FM iaitu Raja Khairil menyifatkan pengiktirafan ini secara tidak langsung memberi motivasi kepada Hot FM untuk terus mencipta pengalaman buat pendengar.

    Pada tahun 2024, kami berusaha untuk menyampaikan kandungan yang benar-benar memberi impak dan menginspirasikan interaksi bermakna.

    Melangkah ke hadapan, Hot FM kekal komited untuk memimpin evolusi radio di era digital, dengan janji untuk terus setia kepada misinya dengan menghubungkan komuniti, memperkasakan suara, dan membentuk masa depan radio.

    Pengiktirafan ini melengkapkan tahun penuh pencapaian bermakna, termasuk kejayaan meraih dua gelaran dalam Malaysia Book of Records, sekaligus mengukuhkan kedudukan Hot FM sebagai peneraju industri.

    ALSO READ:  Rashidi Ishak Berhenti Merokok, Minta Maaf Pernah Buat Orang Sekeliling Kurang Selesa – ‘Saya Baru Sedar Bau Asap Rokok Busuk’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts