Hot FM dengan bangganya memulakan tahun baru dengan menerima pengiktirafan di Putra Aria Brand Awards 2024 dalam kategori “Media Networks”.
Majlis anugerah yang berprestij ini berlangsung di Grand Ballroom, Majestic Hotel, Kuala Lumpur, pada malam 16 Januari 2025. Pengiktirafan ini merupakan penghormatan besar kepada Hot FM atas komitmen dan dedikasi kami dalam menyediakan kandungan berkualiti kepada peminat setia.
Gold Media Networks
Dalam anugerah tersebut, Hot FM telah dianugerahkan “Gold” dalam kategori Media Networks, mengukuhkan lagi kedudukan kami sebagai salah satu jenama media yang paling dipercayai dan dihargai di Malaysia.
Pengiktirafan ini melengkapkan pencapaian cemerlang Hot FM pada November 2024 apabila kami berjaya mencipta sejarah dengan “Bekpes Hot Tawan Puncak Kinabalu”. Ekspedisi ini berjaya mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Records pada 15 November 2024 melalui siaran langsung selama 24 jam tanpa henti sepanjang perjalanan mendaki Gunung Kinabalu. Ini membuktikan keupayaan Hot FM dalam menggabungkan elemen cabaran fizikal dan inovasi media dalam menyelarikan keperluan dan aspirasi pelanggan, sekaligus mencipta pengalaman luar biasa bagi para peminat.
Pengarah Kandungan Rangkaian Hot FM, Raja Nadia, berkata Pengiktirafan yang diterima di Putra Aria Brand Awards 2024 ini bukan sahaja mencerminkan usaha gigih pasukan Hot FM, tetapi juga menjadi bukti bahawa sokongan padu para peminat adalah sebab utama Hot FM terus diterima ramai dan berjaya mengekalkan kedudukan sebagai stesen radio nombor satu di Malaysia. Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peminat dan rakan kerjasama yang sentiasa menyokong kami dalam setiap langkah perjalanan ini.
Hot FM boleh didengarkan menerusi frekuensi 97.6FM di Lembah Klang, 88.2FM Alor Setar dan Pulau Pinang; 104.5FM Ipoh; 90.1FM Johor Bahru dan Singapura; 92.4FM Kuantan; 88.6FM Kota Bharu; 87.7FM Kota Kinabalu; 94.3FM Kuching; 104.3FM Melaka; 99.5FM Seremban; 90.5FM Taping; 105.0 Kuala Terengganu.
Secara alternatif, para pendengar juga boleh mendengar Hot FM secara live streaming di www.hotfm.audio dan YouTube Hot TV. Untuk perkembangan dan pengisian digital paling hangat, boleh terus ikuti laman sosial Hot FM di Facebook Hot FM, Instagram @hotfm976 serta X @hotfm976 dan Whatsapp di 017-302 8822. Dengarkan juga Hot FM menerusi aplikasi Audio+, yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.