Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentHotel W Kuala Lumpur Bawa Pengunjung Menggamit Memori Ke ‘Bazaar Malam’

    Hotel W Kuala Lumpur Bawa Pengunjung Menggamit Memori Ke ‘Bazaar Malam’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sebentar lagi tiba bulan Ramadhan dan Syawal, jadi sudah tentu kita sedang mencari lokasi yang menarik untuk berbuka puasa.

    Hotel W Kuala Lumpur menawarkan pengalaman yang sempurna kepada para pengunjung dengan konsep ‘Bazaar Malam’ yang menyediakan pelbagai gerai makanan popular.

    Di Flock, pelbagai pilihan makanan disediakan dan dimasak dengan sempurna oleh Cef Eksekutif, Cef Haznizam Hamzah dan Eksekutif Sous Cef, Cef Suhalmi Md Tasir dan pasukan Flock.

    Dengan kembalinya Bazaar Malam yang popular tahun ini, W Kuala Lumpur menjanjikan hidangan mewah yang disediakan khas dengan konsep Pan Asian Grill.

    Restoran Flock ini juga diubah suai menjadi bazaar seperti buffet dengan beberapa gerai yang menyajikan makanan tempatan dari Pembuka Selera, Ulam Ulaman, Kudap Kudap dan Jeruk Jeruk Penang, Canton Wok, Sambal Lesung, Dapung Kampung, dan banyak lagi.

    Antara hidangan yang harus dicuba oleh pengunjung adalah Sambal Ganja Aceh- Lauk Kampung – Udang Harimau Masak Lemak, Pucuk Paku Goreng Belachan, Asam Pedas Telur Ikan Mayong dari Negeri Johor oleh Cef Haznizam.

    Tahun ini, pengunjung juga dapat mencuba ban wap gebu (fluffy steam fold over bun) bersama brisket daging Wagyu, yang akan dihidangkan di Bao Stesen.

    Selain itu, terdapat Kasmini Naan, iaitu roti leper segar yang disediakan serta merta dari ketuhar kubah serta Nasi Briyani Ghee yang dimasak dengan arang yang berada di atas penutup.

    Harga Bazaar Malam Buffet Di W Kuala Lumpur

    • 12 Mac- 8 April, setiap hari dari 6.30 petang ke atas,
    • RM288 bersih bagi setiap orang dewasa
    • RM144 bersih bagi setiap kanak-kanak 6-12 tahun
    • Kanak-kanak di bawah enam tahun makan secara percuma – 1 kanak-kanak bagi setiap orang dewasa yang membayar
    • TAWARAN EARLY BIRD – Tempah antara 15 Februari hingga 4 Mac 2024 dan nikmati diskaun 25%

    Harga yang disebut dalam Ringgit Malaysia (RM) dan termasuk cukai kerajaan semasa. Untuk pertanyaan atau pembelian, sila singgah ke W Kuala Lumpur, e-mel [email protected] atau WhatsApp, atau hubungi +6012 – 347 9088.

    ALSO READ:  Isteri Terdetik Periksa Telefon Selepas Suami Meninggal Dunia – ‘Kecewa Betul, Kita Sayang Dia Beria’

    Surau disediakan. Tempat duduk akan diatur dengan teliti untuk memastikan ruang yang mencukupi antara tetamu. Tempahan adalah sangat disyorkan.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts