Bekas suami kepada pelakon dan pengacara Yasmin Hani iaitu Sha’arin Razali menegaskan hubungan baik dengan bekas isteri hanya demi kebaikan anak-anak mereka.
Artikel berkaitan: Keluar Bersama Bekas Suami & Anak-Anak, Netizen Puji Sikap Profesional Yasmin Hani – ‘Patut Dicontohi Oleh Pasangan Lain’
Artikel berkaitan: [VIDEO] Aksi Yasmin Hani Cium Bahu Alif Hadi Undang Kritikan Netizen
Permintaan anak-anak
Menerusi hantarannya di Instagram, Sha’arin menjelaskan tentang percutian bersama Yasmin dan anak-anak mereka yang menimbulkan tanda tanya netizen.
Tak usah ribut. Kami tetap kawan, untuk kebaikan anak-anak, tidak lebih daripada itu.
Kami pergi bercuti sebagai satu keluarga kerana atas permintaan anak-anak kami yang sudah lama memintanya.
Hormat bekas isteri sudah berpunya
Dalam pada itu, dia dan Yasmin akan kekal berhubungan baik sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak mereka.
Malah, Sha’arin memberitahu dia juga sedar bahawa Yasmin sudah memiliki teman istimewa.
Kami akan selalu menjadi ibu bapa kepada Eissa dan Noah dan perkara itu tidak akan pernah berubah, jadi ini bermaksud kami akan kekalkan hubungan yang baik dan beradab sesama kami berdua.
Lagipun, saya hormat yang Hani sudah berpunya dan saya tetap akan single.
Untuk rekod, Yasmin dan Sha’arin pernah mendirikan rumah tangga pada 2011 sebelum membuat keputusan untuk berpisah pada Disember 2021.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Noah Ismail Wong, 10, dan Eissa Elzander Wong, 7.