Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, October 4, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentHujan, Masdo, & Bunkface Antara Bakal Gegar ‘Futureland Festival’ November Ini, Harga...

    Hujan, Masdo, & Bunkface Antara Bakal Gegar ‘Futureland Festival’ November Ini, Harga Tiket Bermula RM50!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Warner Music Malaysia bakal menyemarakkan lembaran baharu dalam persembahan muzik di lokasi ikonik, Stadium Merdeka sebagai lokasi konsert “Futureland” Festival yang akan berlangsung pada 23 November tahun ini. Ia mendapat kerjasama daripada peneraju peruncit produk penjagaan kesihatan dan kecantikan, Watsons Malaysia sebagai penaja utama yang turut meraikan ulang tahun ke-30 mereka di negara ini. Program sehari ini turut menampilkan persembahan penyanyi dan kumpulan muzik paling hangat dan berbakat besar tanah air.

    View this post on Instagram

    A post shared by Futureland (@futurelandmy)

    “Futureland” Festival meraikan masa depan muzik Malaysia dengan mengetengahkan kreativiti dalam kalangan artis tempatan dan menyediakan platform untuk mereka menyinar serta mendekati peminat. Festival ini akan menampilkan artis popular dan berbakat besar seperti Hujan, Bunkface, Kugiran Masdo, Aina Abdul, Ayda Jebat, Syamel, Tuju, Zynakal, Fimie Don, Amsyar Lee, Rizal Rasid, Empty Page, Fugo dan ramai lagi.

    Selain persembahan muzik, ia akan menampilkan Watsons Glow Up Zone, termasuk pelbagai bidang kecantikan dan kesihatan daripada Watsons Malaysia. Pengunjung juga boleh mendapatkan hadiah percuma, sampel barangan dan pengalaman interaktif yang menarik. Untuk menambahkan lagi keseronokan, ia dimeriahkan dengan , ‘pop-
    up stores’, lukisan grafiti dan banyak lagi.

    Pengarah Urusan Warner Music Malaysia dan Singapura, Dinesh Ratnam berkata, pihaknya cukup teruja untuk melancarkan “Futureland” Festival sejajar dengan komitmen mereka untuk industri muzik tanah air.

    “Kami amat berbangga dapat menganjurkan acara muzik pertama di lokasi bersejarah ini selepas ia menjalani proses pengubahsuaian. Ia menawarkan pengalaman muzik yang unik dalam menghormati sejarah kita sambil membuka jalan untuk masa depan muzik Malaysia.”

    Tiket ke “Futureland” Festival kini boleh dibeli dengan harga istimewa untuk promosi pembelian ‘early bird’ berharga General Admission (GA) (RM 50) , Rock Zone (RM 75) dan harga biasa GA (RM 75),Rock Zone (RM 120).

    ALSO READ:  #OBFesyen: Merayakan Kreativiti! Kolabrasi Converse Malaysia x Monkiddo Memang Unik, Siap Ada Filter AR & Sampul Raya Eksklusif

    Untuk membeli tiket “Futureland” Festival, sila layari

    Jangan lepaskan Peluang!



    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts