Antara persoalan yang sering timbul dalam kalangan kaum hawa ketika bulan puasa adalah hukum mengenakan lipstick atau gincu di bibir berikutan terdapat kebimbangan ia boleh membatalkan puasa.
Penjelasan UAI
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus menjelaskan tentang hukum memakai gincu di bulan Ramadan.
Orang perempuan pakai gincu ada yang kata batal puasa, itu tidak betul.
Dia pakai gincu tak batal puasa, yang batal puasa ialah dia telan gincu. Kalau dia duduk saja-saja, mamah gincu dan telan.
Kerana gincu itu berada di luar mulut. Sedangkan kita ambil berus gigi letak dalam mulut pun tak batal.
Dalam masa yang sama, Ustaz Azhar memberikan contoh situasi yang menyebabkan puasa seseorang batal ketika memakai gincu.
Dia pakai gincu, apabila cuaca panas ianya cair dan meleleh masuk ke dalam mulut..dia telan maka batal.
Kerana dia telah telan benda asing.
@atikahlatifff Replying to @shin0bi_aroro ??????? ??????? ????? ????? ????? ?????? ?????????? #ceramah #ceramahislam #ceramahpendek #ceramahagama #uai #ustazazharidrus #azharidrus #fyp #foryou #foryoupage #viral #atikahstory2 #ibuasfa #atikahlatif #atikah #longervideos #capcut #CapCut
? original sound â tikah || ibu anak satu? â tikah || ibu anak satu?