Seolah-olah memberi petanda bakal ‘pergi’, Humaira yang maut akibat kemalangan di Kilometer 363.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Trolak, pada Sabtu sempat mengulang siar video TikTok berkaitan kematian.
‘Repost’ video kematian
Allahyarham Maira atau nama lengkapnya, Nuraisyatul Humairah Mohd Radzi, 20, mengulang siar atau ”repost’ hantaran tersebut sekitar empat hari sebelum dilaporkan terlibat dalam kemalangan nahas.
Hantaran berkenaan mengenai doa untuk meminta taubat sebelum meninggal dunia. Perkongsian lain adalah berkaitan pesanan untuk memadam foto-foto di media sosial jika seseorang itu meninggal dunia selain meminta agar aib si mati disimpan.
Nanti waktu aku meninggal, bolah tak aku nak pinjam 5 minit dari kau. Tolong hapuskan gambar aku yang nampak aurat.
Jangan ucap dan cerita perkara yang tiada kaitan, cukup ucap Innalillahiwainnailahirajiun.
Bila datang melawat aku, jangan lupa sedekahkan al-fatihah dan surh 3 qul tau. Jangan nangis-nangis.
Tolong simpan aib aku yang banyak itu dan jangan ghibahi aku.
Doa pada Allah semoga kita dapat bertemu lagi di syurga nanti.
Kita tak tahu siapa dulu yang pergi, jika aku banyak salah aku minta maaf zahir dan batin. Aku sayang kau.
Hantaran tersebut menarik perhatian ramai apabila Allahyarham seolah-olah tahu hari pemergiannya semakin hampir.
Terdahulu, penyanyi Reedzwann bersama mangsa difahamkan sedang dalam perjalanan dari Jelutong, Pulau Pinang menuju ke Puchong, Selangor.