Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentHumairah Terima Anugerah Pelajar Terbaik, Kapsyen Shuhada Curi Tumpuan ‘To You, You...

    Humairah Terima Anugerah Pelajar Terbaik, Kapsyen Shuhada Curi Tumpuan ‘To You, You Lose Big Time Bro’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi iaitu Shuhada Shukri berkongsi berita gembira mengenai anak sulungnya Humairah yang menerima anugerah pelajar terbaik, hari ini.

    Ibu bangga dengan Humairah

    Sebagai ibu tunggal kepada dua orang cahaya mata, Shuhada berkata, dia sangat bangga dan terharu melihat kejayaan anak-anaknya.

    BismillahiMasyaAllah. Hari ini, Allah tunjukkan dekat ibu, nikmat yang ibu perlu bersyukur setinggi-tingginya. Wahai Allah, nak cakap macam mana ni, aku terlalu bersyukur? Terima kasih Ya Allah. Untuk Humairah, ibu sangat bangga dengan kamu anak. Untuk abah, terima kasih sebab sentiasa ada untuk ibu, Humairah dan Umar.

    Allah yang boleh balas segalanya, dari ibu kecil abah hantar ambil sekolah, sekarang abah hantar ambil cucu sekolah, Ya Allah berikanlah syurga buat abahku.

    Untuk mama, Allah tahu pengorbanan mama untuk kami. Semoga Allah balas syurga paling tinggi buatmu ibuku.

    Paling mencuri tumpuan, Shuhada didakwa menulis kapsyen untuk bekas suaminya juga. Meskipun tidak menyebut nama, Shuhada berkata, individu tersebut kehilangan waktu dan momen yang sangat bernilai ini.

    Untuk rekod, perkahwinan Shuhada dan Hafidz mula dilanda badai selepas timbulnya dakwaan adanya orang ketiga yang mengganggu rumah tangga mereka.

    Nurul Shuhada kemudiannya dilaporkan memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Februari 2023.

    Hafidz dan Shuhada kemudiannya disahkan bercerai di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 27 Julai 2023.

    Imbas kembali, Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah dan Umar.

    Hafidz kemudiannya mendirikan rumah tangga kali kedua dengan wanita bernama Athirah Yuhada, pada 15 Disember lalu.

    ALSO READ:  [VIDEO] Meerqeen Menyanyi Lagu Aina Abdul Cetus Perhatian Ramai!-“Dia Pun Aination Gamaknya”

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts