Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment- Hun Haqeem Diminta Bayar Ganti Rugi RM613,960 Kepada MIG Kerana Kes...

    – Hun Haqeem Diminta Bayar Ganti Rugi RM613,960 Kepada MIG Kerana Kes Langgar Kontrak

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    David Teo Hun HaqeemDavid Teo Hun Haqeem

    Susulan melanggar kontrak bersama Metrowealth International Group (MIG), pelakon Hun Haqeem diperintah Mahkamah Sesyen untuk membayar ganti rugi berjumlah RM613,960 kepada syarikat tersebut.

    MIG menang rayuan

    David Teo Hun HaqeemDavid Teo Hun Haqeem

    Perkara berkenaan dimaklumkan oleh pengarah urusan MIG, Datuk David Teo selepas mahkamah membuat keputusan rayuan yang berpihak kepada syarikat itu pada 27 November 2023.

    Hun Haqeem diminta bayar ganti rugi berjumlah RM613,950 kepada syarikat kami (MIG) selepas rayuan yang difailkan kepada kami.

    Dia juga diminta membayar kembali wang berjumlah RM30,240 yang mana wang tesebut merupakan bayaran tunggakan kepadanya yang pernah kami bayar sebelum ini.

    Mahkamah Seksyen mendengar kes tersebut sebelum ini dan mengetepikan kes pelanggaran kontrak Hun dan MIG perlu membayar baki tunggakan Hun.

    Bagaimanapun, MIG mengemukakan rayuan semula dan memperlihatkan keputusan berpihak kepada syarikat kami.

    David berkata demikian ketika ditemui pada majlis bacaan doa selamat Jangan Pandang Belakang 2 yang diadakan di bangunan Metrowealth, Petaling Jaya, pada Isnin.

    Melanjutkan bicara, David berkata dia bertegas untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Hun kerana mendakwa aktor berusia 26 tahun itu telah lupa diri disaat namanya sedang naik.

    Dia sudah tanda tangan kontrak dengan kami, jadi bila dia keluar sebelum habis kontrak dia tetap salah. Dia keluar MIG ketika namanya sedang naik dan popular. Dia bagai kacang lupakan kulit.

    Ketika itu banyak sangat tawaran kerja termasuk menjadi duta, namun terpaksa tolak dan menyebabkan kami rugi.

    Terdahulu, Hun atau nama sebenarnya Haqeem Hermy didakwa telah melanggar kontrak perkhidmatan bersama MIG. Aktor itu didakwa keluar daripada syarikat tersebut ketika kontraknya masih berbaki dua tahun.

    Difahamkan, anak kelahiran Sarawak itu sudah membayar separuh daripada ganti rugi berjumlah RM30,240.

    ALSO READ:  Zahirah Macwilson Kongsi Perkembangan Kesihatan Nenek Tercinta – ‘Masih Bertenaga & Ingatannya Masih Kuat’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,235FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts