Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentHutang Dan Tak Bayar Nafkah Bekas Isteri Punca Penceraian, Kisah Silam Suami...

    Hutang Dan Tak Bayar Nafkah Bekas Isteri Punca Penceraian, Kisah Silam Suami Baru BCL Tiko Dibongkar

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Banyak perkara negatif yang menjadi pengancam perkahwinan, kedamaian, dan kesejahteraan rumah tangga.

    Antaranya adalah curang, masalah kewangan, dan komunikasi.

    Namun terdapat juga beberapa perkara yang mengancam perkahwinan yang sering kita terlepas pandang.

    Salah satunya ialah apabila suami atau isteri mengharapkan kesempurnaan daripada pasangannya.

    Situasi ini sekaligus meletakkan seseorang mudah rasa kecewa, marah, dan putus asa jika pasangan, yang hakikatnya insan biasa, ada kekurangan dan kelemahan, tidak bertindak atau berkelakuan sesempurna kita harapkan.

    Berbahas soal ini saat bersedia hidup bersama selebriti popular bernama Bunga Citra Lestari, ketika itulah Tiko Aryawardhana harus sedar bahawa segenap inci kisah silam mahupun apa sahaja yang dirancangnya akan diselongkar peminat.

    Kini, satu demi satu kisah silam Tiko, 43, diselongkar media Indonesia dan netizen termasuk kisah perceraiannya dengan wanita bernama Arina Winarto kerana masalah pembayaran nafkah.

    Selain itu, talak yang dilafaz oleh Tiko sekitar tahun 2021 itu juga berpunca kerana tiada persefahaman dan kerap berlaku perbalahan antara mereka berhubung isu kewangan.

    Perkara itu dibongkar media Indonesia menerusi laporan umum daripada Mahkamah Agung Republik Indonesia.

    “Penyebab perbalahan adalah masalah kewangan berpunca daripada Tiko (pemohon cerai) kerana tidak mampu memberi nafkah yang cukup.

    “Pemohon juga memiliki hutang kepada pihak lain yang timbul akibat bisnes dijalankan kurang berhasil.

    Hasil perkahwinan dengan Arina pada 26 Jun 2014, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan.

    Semalam, Tiko dan BCL selamat dinikahkan oleh bapanya, Muchlis dalam sebuah majlis tertutup bertempat di hotel terkemuka di Bali, Indonesia.

    Majlis tersebut hanya dihadiri oleh keluarga terdekat dan teman rapat sahaja.

    Paling mencuri perhatian ramai ialah kehadiran keluarga Allahyarham Ashraf Sinclair termasuk ibu bapa, Aishah Sinclair, Adam Sinclair dan Yuna.

    ALSO READ:  David Teo Tegur BCL Didakwa Mabuk ‘After Party?’-“Masih Ada Peluang Untuk…”

    Terdahulu, BCL bernikah dengan pengacara dan aktor dari Malaysia, Allahyarham Ashraf Sinclair pada 2008 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Noah Aidan Sinclair, 12.

    Jodoh tidak panjang, Allahyarham Ashraf meninggal dunia pada Februari 2020 ketika tidur akibat serangan jantung.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts