Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentHyatt Terus Melebarkan Sayapnya di Malaysia dengan Pembukaan Hyatt Centric City Centre...

    Hyatt Terus Melebarkan Sayapnya di Malaysia dengan Pembukaan Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Berada di tengah-tengah kesibukan ibu kota Malaysia, Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur bakal menyertai barisan pencakar langit di kotaraya itu menjelang penghujung tahun ini.

    Pertama Di Semenanjung Malaysia

    via Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur

    Terletak berhampiran dengan Menara Berkembar KLCC yang ikonik dan tidak jauh dari Menara KL, hotel mewah setinggi 21 tingkat itu merupakan Hyatt Centric pertama di Semenanjung Malaysia dan kedua di negara ini yang dimiliki oleh Hap Seng Consolidated Bhd selepas Hyatt Centric Kota Kinabalu.

    Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur yang direka oleh Silverfox Studios bertujuan untuk memberi inspirasi kepada penjelajah bandar untuk mengalami sendiri gabungan pengaruh moden dan tradisional di kota raya itu.

    Lokasinya yang strategik di tengah-tengah destinasi tumpuan menghubungkan para tetamu dengan kawasan beriadah seperti Taman Eko-Rimba KL, kawasan membeli-belah Segi Tiga Emas, dan pelbagai pilihan bar dan restoran yang menyediakan beraneka jenis hidangan dari seluruh dunia.

    Sebanyak 312 Bilik

    via Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur

    Hotel ini menampilkan gabungan 312 bilik, ruang terbuka yang direka dengan teliti, dan tiga konsep ruang makan yang unik mengambil inspirasi daripada pelbagai budaya yang mekar di seluruh Kuala Lumpur.

    Daripada garisan tebal dan rona bumi hinggalah kepada karya seni menarik hasil artis grafiti tempatan, Jefr, yang mana karya aslinya menghiasi sekitar jalan di Kuala Lumpur dan bandar raya lain, Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur memperlihatkan evolusi kota raya itu daripada sebuah pekan perlombongan bijih timah hingga menjadi sebuah kota metropolitan yang sibuk.

    Nikmati Tawaran Eksklusif

    via Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur

    Sila kunjungi laman sesawang, Instagram, atau Facebook untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Hyatt Centric dan tawaran istimewa sempena pembukaan hotel itu.

    ALSO READ:  Yusof Haslam Dan Isteri Sedih Melihat Syamsul Yusof Hadir Ke Mahkamah Tanpa Ditemani Ahli Keluarga

    Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur kini boleh mula ditempah untuk penginapan dengan  tawaran eksklusif ahli World of Hyatt dan pakej pembukaan Explore the C yang termasuk sarapan harian, lawatan sehari bas Hop-On Hop-Off, 500 mata bonus World of Hyatt, dan kit hotel yang menarik.

    Tempoh tempahan untuk tawaran pembukaan berakhir pada 30 November 2024.



    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts