Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentI Can See Your Voice Malaysia Musim Ketujuh Lebih Mencabar & Kelirukan...

    I Can See Your Voice Malaysia Musim Ketujuh Lebih Mencabar & Kelirukan Penonton?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Program I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) kini kembali dengan musim ketujuh yang akan bersiaran selama 11 episod bermula 23 Jun 2024, setiap hari Ahad jam 9.00 malam di TV3.

    Artikel berkaitan: ICSYVMY: Apabila Otai Bergabung Buat Tekaan, Habis Semua Penyamar Disingkirkan

    Artikel berkaitan: Izzue Islam Respon Dakwaan Rampas ‘Job’ Rakan Jadi Pengacara I Can See Your Voice Malaysia

    ICSYVMY musim ketujuh!

    I Can See Your Voice Malaysia musim ketujuh (ICSYVMY7) ini bakal menampilkan penyanyi-penyanyi misteri bersama barisan panel tetap baru yang terdiri daripada selebriti terkenal tanah air, menjanjikan lebih banyak kejutan dan persembahan luar biasa untuk penonton di seluruh negara.

    Program yang diketuai oleh Jamil Hassan selaku Penerbit Eksekutif dan Ikha Arnisya sebagai Penerbit mengambil konsep dan format program asal dari Korea Selatan selain masih mengekalkan Izzue Islam dan Shiha Zikir sebagai pengacara musim ketujuh ini.

    Pengacara musim ketujuh

    Gandingan mantap mereka berdua yang serasi dan lucu sememangnya membuat peminat dan penonton setia ICSYVMY tidak kering gusi. Konsepnya yang unik, menjadikan rancangan ini terus mendapat tempat di hati peminat dengan kombinasi hiburan, drama dan teka-teki yang mencabar.

    Istimewanya musim ini, penonton akan menyaksikan ICSYVMY7 tampil dengan tema pakaian yang berbeza seperti Seram, Bollywood, Rock dan Retro di episod yang tertentu.

    Selain itu, buat pertama kalinya ICSYVMY7 membawakan konsep duo iaitu di mana jika salah satu daripada duo tersebut adalah penyanyi sebenar manakala satu lagi adalah penyamar maka mereka akan dikira sebagai penyamar.

    Barisan panel tetap dan panel jemputan diberikan peluang sebanyak empat pusingan bagi membantu artis jemputan untuk memilih penyanyi yang sebenar.

    ALSO READ:  Maria Farida ‘Throwback’ Gambar 27 Tahun Bersama Anak, Netizen Minta Tips Awet Muda – ‘Kalau Dia Jual Produk Kecantikan, Aku Beli’

    Sekiranya peserta yang berjaya mara ke pusingan akhir ialah seorang penyamar, beliau bakal memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM3,000. Manakala penyanyi sebenar mungkin akan berpeluang menyertai Alternate Records & Talents dan merakamkan single bersama komposer terkenal.

    Barisan penyiasat tetap

    Pada musim ini penonton akan dihiburkan lagi dengan gelagat barisan panel penyiasat tetap baharu yang terdiri daripada pelakon, pelawak dan penyanyi hebat tanah air iaitu Naim Daniel, Riena Diana, Bell Ngasri dan Siti Khadijah Halim.

    Berjayakah mereka menggalas tanggungjawab untuk mencari penyanyi sebenar? Atau adakah mereka dipertanggungjawabkan hanya untuk meriuhkan keadaan dan menimbulkan kekeliruan penonton di rumah?

    Antara artis jemputan yang akan meriahkan lagi suasana di ICSYVMY musim ketujuh ini adalah Sharif Zero, Chacha Maembong, Amy Mastura, Janna Nick, Khai Bahar, Adira Suhaimi dan ramai lagi. Manakala, panel penyiasat jemputan pula terdiri daripada Ryan Bakery, Azhan Rani, Anna Jobling, Nadeera, Ernie Zakri, Datuk Yusof Haslam, Marsha dan ramai lagi.

    Anda sekeluarga juga boleh menjadi penyiasat! Jadi jangan terlepas untuk menyiasat sambil berhibur bersama ICSYVMY7 yang akan bersiaran bermula 23 Jun 2024, setiap hari Ahad, pada pukul 9.00 malam di TV3 dan penonton juga boleh strim langsung secara HD menerusi Tonton di www.tonton.com.my atau anda boleh muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store. Bagi merancakkan lagi perbualan di laman media sosial, jangan lupa untuk gunakan tanda pagar #ICSYVMY7.

    Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

    The following two tabs change content below.

    ALSO READ:  Komen Syatilla Melvin Buat Syida Curi Perhatian!-“Hang Sedih Kan…”
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,236FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts