Ibu kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza memberitahu hubungan anak-anak dengan ibu bapa tidak sepatutnya dihalang selepas berlaku perceraian.
Artikel berkaitan: Ibu Aliff Aziz Terkejut, Berita Palsu Kematian Tersebar
Artikel berkaitan: Bella Astillah Tak Mahu Ayden Keliru, Ada Sebab Tak Benarkan Anak-Anak Jumpa Bekas Mentua – ‘Benda Ini Ambil Masa, Tak Semudah ABC’
Haram memisahkan anak-anak
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Hafiza memuat naik video pendakwah Ustaz Azhar Idrus yang menyatakan haram memisahkan anak daripada ibu atau bapa.
Menurut Hafiza, perceraian yang berlaku di antara pasangan suami isteri tiada kaitan dengan anak-anak.
Talak itu adalah antara pasangan dan bukan antara anak-anak dengan orang tuanya.
Dalam pada itu, ibu kepada penyanyi lagu Sayang Sayang ini menegaskan untuk tidak menggunakan anak-anak sebagai alasan untuk tidak pertemukan mereka dengan bekas suami atau bekas isteri.
Usah menggunakan anak-anak sebagai senjata untuk memuaskan hati sendiri walau apa pun alasannya.
Semoga Allah permudahkan urusan kami sekeluarga. Aamiin YRA.
Terdahulu, pelakon dan penyanyi, Bella Astillah menafikan dia tidak membenarkan kedua anaknya, Ayden Adrean dan Ara Adreanna untuk berjumpa keluarga bekas suami, Aliff Aziz.
Menurut Bella, dia memerlukan masa kerana tidak mahu anak-anaknya keliru dengan perkara yang berlaku.