Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentIbu Aliff Aziz Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang, Difitnah Minta Bella Serahkan Salah...

    Ibu Aliff Aziz Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang, Difitnah Minta Bella Serahkan Salah Seorang Cucu Supaya Adil

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Ibu kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza Basharahil berang terhadap seorang warganet yang telah memfitnah dirinya.

    Dakwaan netizen

    Seorang pengguna TikTok telah memuat naik gambar beserta kenyataan yang mendakwa Hafiza meminta bekas menantunya Bella Astillah untuk menyerahkan salah seorang anak mereka kepada Aliff.

    ‘Bella harus menyerahkan salah seorang anak kepada Aliff supaya adil.’ – Siti Hafiza

    Dalam masa yang sama, individu itu juga berpendapat, Bella perlu memohon perintah mahkamah untuk menghalang tindakan tersebut

    Mohon ‘court injection’, perintah mahkamah atas perlindungan hak ibu. Urus dengan peguam syariah, Insya-Allah. Tiada lagi isu berkaitan, Hakim akan tentukan.

    Toksik bekas mentua. Betullah teori hubungan’ narcissistic personality trait’, memang susah nak keluar. Ada saja jenis orang macam ini nak buat untuk emotional supply dia.

    Bertabahlah Bella, terus kuatkan mental dan emosi anda.

    Respons Siti Hafiza

    Tidak berdiam diri, Hafiza mendedahkan akaun TikTok individu tersebut menerusi Instagram Story sebentar tadi.

    Hafiza menjelaskan bahawa dia telah difitnah dan menegaskan supaya individu tersebut memadam hantaran berkenaan. Dia juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

    Untuk individu yang post fitnah dajjal terhadap saya, turunkan hantaran ini atau kami akan ambil tindakan undang-undang terhadap awak.

    Ini lah orangnya. Siapa yang dapat menghubungi dia tolong beritahu dia kami akan ambil tindakan undang-undang.

    Jika dia ingin berbicara dengan saya, silakan. Kerana saya ingin tahu dari mana dia mendapat info fitnah ini.

    Dalam masa yang sama, Hafiza juga meminta orang ramai untuk membuat laporan terhadap akaun individu tersebut.

    Tolong buat laporan terhadap akaun TikTok individu ini.

    Sekadar info, Aliff mendirikan rumah tangga dengan Bella pada 9 September 2016.

    ALSO READ:  Emma Maembong Tenang Jawab Soalan Tentang Cerai, Netizen Sifatkan Profesional & Matang – ‘Tak Ada Pun Nak Burukkan Pasangan Dia’

    Bagaimanapun pasangan itu akhirnya bercerai buat kali kedua pada 13 Jun lalu dan Aliff bersetuju untuk memberi hak penjagaan anak mereka iaitu Ayden Adrean, 7, serta Ara Adreanna, 4, kepada Bella.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts