Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentIbu Aliff Aziz Mohon Maaf Bagi Pihak Anak Atas Segala Khilaf –...

    Ibu Aliff Aziz Mohon Maaf Bagi Pihak Anak Atas Segala Khilaf – ‘Akan Terus Nasihat & Mendoakan Anakanda Kami’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Aliff AzizAliff Aziz

    Seorang pengguna media sosial mendoakan ibu kepada penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz iaitu Siti Hafizah agar kuat menghadapi ujian yang melanda dirinya dan keluarga ketika ini.

    Mohon maaf

    Aliff AzizAliff Aziz

    Menerusi perkongsian di Instagram, individu tersebut berkata, ujian yang diberikan kepada Siti Hafizah sekeluarga merupakan tanda mereka disayangi Allah.

    Semoga puan (Siti Hafizah) kuat menghadapi ujian ini. Allah uji tanda Allah sayang dan mahu mengangkat darjat puan sekelaurga.

    Hari ini kita diuji dan kita sempat muhasabah diri dan perbaiki apa yang patut agar menjadi lebih baik. Yang memaki hamun risau tak sempat nak mohon maaf, ajal menjemput.

    Dalam hantaran sama, individu berkenaan berkata dia juga dahulu pernah menyimpan rasa marah dengan tindakan Aliff, namun berasa tidak adil untuk menilai dan menghukum seseorang yang tidak dikenali.

    Saya dulu juga pernah ada rasa marah pada Aliff dan puan yang sentiasa ada di belakang Aliff. Tetapi bila difikirkan balik, tidak adil untuk berperasaan begitu berdasarkan penilaian dalam media sosial.

    Dan tidak adil menunding jari pada salah orang, sedang diri sendiri juga banyak khilaf. Maafkan saya puan.

    Saya kagum puan menjadi ibu yang sangat kuat. Moga terus diberikan kekuatan yang kuat.

    Sementara itu, Siti Hafizah menerusi ruang kapsyen meluahkan rasa syukur kepada Ilahi dan memohon maaf bagi pihak anaknya.

    Allah ilhamkan insan yang hebat ini menulis kepada saya. Sesungguhnya Allah Maha Baik. Kami juga memohon maaf atas kekhilafan anakanda kami yang menyinggung perasaan.

    Insya-Allah kami akan terus nasihat dan mendoakan anakanda kami hingga kami menutup mata.

    The following two tabs change content below.

    ALSO READ:  Filem ‘Adoii Jiwaku’ Arahan Steve Yap Bakal Ditayangkan Secara Percuma Bersempena Hari Malaysia
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts