Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentIbu Aliff Aziz Muat Naik Video Bersama Anak Selesai Solat Jemaah, Menitipkan...

    Ibu Aliff Aziz Muat Naik Video Bersama Anak Selesai Solat Jemaah, Menitipkan Pesanan ‘Setiap Kesulitan Pasti Ada Kemudahan’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz dipercayai pulang dan berada di pangkuan keluarganya di Singapura selepas namanya terpalit kontroversi ditangkap khalwat bersama pelakon Ruhainies.

    Setiap kesulitan pasti ada kemudahan

    Ibu kepada Aliff iaitu Hafiza Basharahi berkongsi sebuah rakaman video di Instagram Story yang memaparkan anak lelakinya itu dipercayai baru sahaja selesai menunaikan solat jemaah bersamanya dan suami.

    Dalam rakaman tersebut juga, Aliff kelihatan memimpin bacaan doa.

    Lebih mencuri tumpuan, Fiza turut meletakkan kapsyen ‘setiap kesulitan pasti ada kemudahan’ di story tersebut.

    Terdahulu, nama Fiza mencuri tumpuan netizen berikutan memuat naik pesanan berbentuk luahan hati. Wanita ini berpesan agar tidak sesekali berputus asa sekiranya diuji dengan masalah dan mengingatkan bahawa Allah sentiasa bersama hamba-Nya.

    Di samping itu, Fiza berkata doa merupakan penawar terbaik sekiranya seseorang itu berdepan dengan masalah.

    Pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan Ruhainies ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

    Mereka bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan sekitar pukul 2 petang hari sama dan bakal didakwa di Mahkamah Syariah.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts