Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentIbu Aliff Aziz Respons Dakwaan Anak Bakal Berkahwin Dengan Ruhainies – ‘Sekali...

    Ibu Aliff Aziz Respons Dakwaan Anak Bakal Berkahwin Dengan Ruhainies – ‘Sekali Lagi Fitnah Manusia, Kami Maafkan’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Tiada angin tiada ribut, timbul dakwaan yang mengatakan penyanyi dan pelakon Aliff Aziz bakal mendirikan rumah tangga dengan aktres Ruhainies.

    Sekali lagi fitnah manusia

    Susulan daripada dakwaan itu, ibu kepada Aliff iaitu Siti Hafiza Basharahil tampil meluahkan rasa terkejut dan menafikan khabar angin tersebut. Menurut Fiza, dia berharap penyebar berita seperti itu dapat diberikan taufik dan hidayah.

    Subhanallah sekali lagi fitnah manusia. Alhamdulillah kami maafkan semoga anda-anda yang gemar menulis dan menyebarkan perkara yang tidak benar atau sahih Allah berikan taufik dan hidayah sebelum anda bertemu Allah di akhirat kelak. Bagi yang berlumba-lumba untuk mengeluarkan cerita-cerita sensasi dengan alasan ‘atas dasar pekerjaan’ adakah niat menghalalkan cara?

    Allah Maha Mengetahui. Fikir-fikirkanlah. Kita hidup hanya seketika, sahabat-sahabat yang saya hormati, kematian itu pasti. Tabarakallah pada guru-guru yang menasihatkan kami agar terus memaafkan apa jua agar hati dan minda kita akan tenang masyaallah.

    Ini peringatan buat saya dan keluarga juga kerana kami insan yang tidak sempurna, semoga anda semua sentiasa dalam rahmah dan baraqah Allah. Mohon maaf dari kami andai kata ada perkara-perkara atau kata-kata yang telah menyinggung perasaan sesiapa jua.

    Tambah Fiza, dia tidak menyimpan dendam terhadap sesiapa dan sentiasa memaafkan biarpun ada pihak terus menyakiti hatinya.

    Terdahulu, Ruhainies turut menafikan dia bakal mendirikan rumah tangga dengan aktor Aliff Aziz seperti mana yang tular sebuah berita di TikTok, baru-baru ini.

    Ketika dihibungi , Ruhainies atau nama lengkap Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, berkata, berita tersebut adalah palsu dan tidak benar sama sekali.

    Itu fake news, jangan percaya.

    ALSO READ:  5 Tahun Jaga Suami Sakit..Dah Sihat Kahwin Lain! Wanita Dedah Telah Sah Bercerai – ‘Ini Ujian Buat Kami Berdua’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts