Ibu kepada penyanyi Singapura, Aliff Aziz iaitu Siti Hafizah Basharahil dilihat masih menerima kata-kata kecaman daripada wargamaya menerusi hantaran DM di Instagram (IG).
Tenang terima kecaman
Menerusi hantaran di IG, Hafizah yang mesra disapa Fiza berkongsi hantaran DM seorang individu yang mengeluarkan kata-kata kejian terhadapnya.
Lebih teruk, individu berkenaan juga seolah mendoakan Fiza agar meninggal dunia.
Lah hidup lagi anak b*bi anj*ing ini, ingatkan mati dah?
Mak cik anak b*bi keturunan anj*ing bila nak mati?
Tidak cepat melatah, Fiza tampil memberikan respon tenang terhadap hantaran DM yang diterimanya itu.
Menurut Fiza, kata-kata serta tindakan individu tersebut sangatlah tidak berbaloi untuk dilakukan kerana tidak menerima apa-apa bayaran.
Alhamdulillah, inilah insan hebat Masya-Allah Tabarakallah.
Menjadi b*ru*h yang tidak dibayar sangat-sangat tidak berbaloi ya, anak.
As expected, boleh memberi tetapi tak boleh menerima? Masya-Allah ‘cybertroopers’ sekali lagi.
Walau bagaimanapun, Fiza dilihat mengambil jalan selamat dengan menutup ruangan komen di hantarannya itu.
Sekadar info, Fiza dilihat kerap berkongsi kata-kata kecaman yang dilemparkan netizen kepadanya sejak muncul kembali selepas lama mendiamkan diri susulan kontroversi melibatkan anaknya, Aliff dan pelakon jelita, Ruhainies.