Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentIbu Aliff Aziz Tenang Dikecam Netizen, Sempat Beri ‘Hint’ Sindir Menantu?-“Air Mata...

    Ibu Aliff Aziz Tenang Dikecam Netizen, Sempat Beri ‘Hint’ Sindir Menantu?-“Air Mata & Lakonan…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ibu kepada pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz iaitu Siti Hafizah Basharahil dilihat memberikan respon terhadap DM (Direct Message) yang dihantar beberapa netizen, melemparkan kritikan terhadap dia dan Aliff, lebih-lebih lagi selepas Bella mendedahkan sikap sebenar ibu mentua yang memburukkannya biarpun sering mempamerkan imej Islamik di media sosial.

    Dikecam Netizen

    Menerusi hantaran di Insta Stories, Siti dilihat memuatnaik tangkap layar DM oleh beberapa netizen yang mengecamnya dan Aliff.

    “Apa teruk sangat benih kau ni makcik. Betul-betul iblis anjing keturunan kau makcik.”

    “Anak salah tetap backup ya makcik. Hahaha awak lah contoh ibu paling tak guna atas dunia ni. Lepas ni jangan marah ya jika Bella tak bawak cucu awak jumpa awak. Backup lah dan suruh lah anak awak tu berkhalwat lagi.”

    Kekal Tenang

    Tidak cepat melatah, Siti Hafizah menitipkan doa para netizen berkenaan diampunkan dosa serta mendapat ilmu daripada dirinya yang tidak sempurna.

    “Alhamdulillah tabarakallah ini lah contoh-contoh insan yang terpilih bersembunyi di sebalik akaun palsu. Semoga Allah mengampunkan kamu,

    Mudah mudahan tuan yang menulis ini dapat sedikit ilmu dari saya yang tidak sempurna ini aamin.”-balas Siti

    Tuju Pada Siapa?

    Dalam pada itu, ibu Aliff Aziz ini turut memberikan ‘hint’ seolah-olah menyindir menantunya, Bella Astillah berhubung pendedahan yang didedahkan oleh pelakon berusia 30 tahun itu semalam.

    “Air mata dan lakonan yang hebat boleh menutup mata manusia akan perbuatan dan siapa kita yang sebenar tetapi yakin lah kita pasti akan takut dengan bayang-bayang kita sendiri. #PandanganIkhlas.”-tulis Siti Hafizah di Insta Stories

    Apa komen anda

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts