Ibu kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza Basharahil menitipkan nasihat buat anak-anaknya.
Nasihat ibu
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Hafiza mahu anak-anaknya tidak membayangi diri mereka dengan perkara yang sudah berlaku termasuk individu yang pernah hadir di dalam hidup.
Untuk anak-anak, masa lalu saya mengajar saya bahawa, seseorang atau sesuatu yang Allah jauhkan itu tak perlu dikejar.
Allah nak gantikan dengan lebih baik.
Dalam masa yang sama, Hafiza mahu anak-anaknya memberi perhatian kepada diri mereka sendiri agar menjadi insan yang lebih baik selain menyerahkan segalanya kepada Allah SWT.
Berhenti mengejar, lebih baik fokus pada diri sendiri agar menjadi ummah yang lebih baik dan menjadi versi yang terbaik untuk diri mu.
Selebihnya serahkan kepada Allah.
Sebelum ini, Hafiza dan keluarganya menjadi tumpuan ramai semenjak tercetus konflik perhubungan antara Aliff dan bekas isteri, Bella Astillah.
Wanita yang menetap di Singapura itu juga dilihat sering berkongsi kata-kata hikmah dan Islamik di media sosial.
Sekadar info, Bella mendirikan rumah tangga dengan Aliff Aziz pada 9 September 2016.
Bagaimanapun pasangan itu akhirnya bercerai buat kali kedua di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada 13 Jun lalu.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 7, serta Ara Adreanna, 4.