Sekadar gambar hiasan
Seorang wanita bergelar ibu muda ditahan polis selepas didakwa membunuh bayinya yang baru lahir dalam satu kejadian di Ichikiwa, Jepun pada Jun lalu.
Sorok mayat bayi dalam lahir
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan Japan Today, suspek yang dikenali sebagai Moeka Okada mengaku melakukan pembunuhan tersebut kerana tertekan dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan selepas bayinya itu lahir ke dunia.
Disebabkan itu, suspek yang berusia 22 tahun itu nekad membalut bayinya menggunakan tuala sebelum memasukkannya ke dalam beg pakaian. Suspek kemudian menyorokkan beg tersebut di dalam almari.
Namun siapa sangka, pembunuhan itu terbongkar selepas ibu bapa Moeka menemui mayat bayi tersebut di dalam almari.
Susulan daripada itu, satu laporan polis telah dibuat dan suspek ditahan bagi membantu siasatan.