Impian seorang wanita untuk mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan tidak kesampaian apabila hubungan yang dibina selama dua tahun lima bulan akhirnya terlerai.
Tiada restu orang tua
Menerusi perkongsian di TikTok, wanita yang dikenali sebagai Lin Nordin memberitahu dia dan jejaka berkenaan sudah mengikat tali pertunangan beberapa bulan lalu.
Bagaimanapun, hasrat untuk ke jinjang pelamin tidak tercapai apabila mendakwa ibu bapa jejaka tersebut tidak merestui hubungan mereka.
Hal ini kerana status wanita berkenaan yang merupakan ibu tunggal kepada seorang cahaya mata.
Menganggap segala yang berlaku merupakan takdir Ilhai, wanita itu akui reda dan ikhlas dengan keputusan pihak lelaki.
Sementara itu, wanita tersebut turut berkongsi foto sewaktu majlis pertunangan berserta tangkapan skrin layar memaparkan mesej daripada bekas tunangnya yang memohon maaf kerana tidak dapat menunaikan janji.