Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentIbu Bapa Zayn Rayyan Akan Mohon Kes Abai Anak Ditarik Balik, Dakwa...

    Ibu Bapa Zayn Rayyan Akan Mohon Kes Abai Anak Ditarik Balik, Dakwa Diugut Supaya Mengaku Bersalah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pihak pembelaan memaklumkan pasangan Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf akan menghantar representasi supaya pertuduhan mengabai anak, Zayn Rayyan yang dikenakan terhadap mereka, ditarik balik.

    Mohon kes abai Zayn Rayyan ditarik balik

    Foto: Sinar Harian

    Memetik laporan Sinar Harian, peguam Fahmi Abd Moin yang mewakili pasangan suami isteri itu berkata, ia termasuk permohonan supaya Jabatan Peguam Negara (AGC) menyemak semua kes tersebut.

    Selepas meneliti semua dokumen daripada pihak pendakwaan, kami akan hantar dokumen berkaitan kepada AGC dalam masa terdekat.

    Susulan itu, saya harap mahkamah menetapkan tarikh lain untuk keputusan representasi, sebelum perbicaraan kes bermula.

    Hakim, Dr Syahliza Warnoh kemudian menetapkan 6 Disember depan untuk keputusan representasi terbabit.

    Menurut Timbalan Pendakwa Raya iaitu Datin Kalmizah Salleh, sebanyak tiga salinan dokumen termasuk laporan syarikat telekomunikasi, forensik telefon bimbit dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) telah diserahkan kepada pihak pembelaan.

    Jadi saya mohon mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan yang mana kami akan memanggil seramai 15 saksi untuk memberi keterangan.

    Sementara memetik laporan Utusan, Fahmi mendakwa selain diugut ketika ditahan reman berkaitan kes kematian kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, ibu bapa Zayn Rayyan turut berdepan pelbagai tekanan dan manipulasi dalam usaha mendapatkan pengakuan bersalah mereka.

    Laporan terhadap siapa, kami tidak boleh dedahkan di sini kerana ia akan didedahkan pada perbicaraan nanti. Cuma kami harap siasatan dibuat bagi memastikan perkara (yang didakwa) itu selain untuk membersihkan nama anak guam kami.

    Hingga kini kedua-duanya tidak dipanggil oleh polis untuk memberi keterangan. Laporan telah dibuat dan mereka juga telah mendedahkan nama pihak-pihak yang terlibat dalam isu ini.

    Jelasnya lagi, sebanyak tiga kertas siasatan telah dibuka namun hingga kini tiada maklumat yang diterima berkaitan perkembangan siasatan.

    ALSO READ:  Nak Pilih Penapis Udara Yang Bagus Untuk Rumah Tapi Tak Tahu Cara? Ini Tips Untuk Korang!

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,250FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts