Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentIbu Bella Astillah Syukur Segalanya Sudah Selesai – ‘Daripada Malam Tadi Saya...

    Ibu Bella Astillah Syukur Segalanya Sudah Selesai – ‘Daripada Malam Tadi Saya Berdoa’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Ibu kepada pelakon dan penyanyi, Bella Astillah iaitu Siti Zarina Astillah meluahkan rasa syukur selepas kemelut rumah tangga anaknya bersama penyanyi dan pelakon Singapura, Aliff Aziz telah selesai.

    Syukur dah selesai

    Ketika ditemui , Siti Zarina berkata, dia bersyukur kerana doanya agar kemelut ini berakhir dengan jalan terbaik dimakbulkan Allah SWT.

    Alhamdulillah, daripada malam tadi saya berdoa. Walaupun kita baru sahaja sampai dari Jakarta pagi tadi.

    Syukur semuanya sudah selesai. Doa yang baik-baik itu sahajalah.

    Siti berkata demikian ketika ditemui selepas Bella disahkan bercerai dengan Aliff di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Khamis.

    Kerika ditanya sekiranya ada ruang untuk Bella dan Aliff berbaik, Siti enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

    Ya Allah, yang itu… No komen.

    Terdahulu, Aliff atau nama sebenarnya Mohammad Aliff Aziz membacakan lafaz cerai di hadapan Hakim Syarie, Wan Mohd Najib Wan Hamat.

    Bahawa saya menceraikan isteri saya dengan talak satu mulai hari ini.

    Bella dilihat begitu tenang ketika lafaz cerai dibuat dan ibu kepada dua orang anak itu bersetuju untuk tidak menuntut mutaah dan nafkah iddah.

    Bella, 30, yang baru saja pulang dari Jakarta pada pagi Khamis diwakili Peguam Syarie Azmi Mohd Rais manakala Aliff, 33, atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz diwakili Peguam Syarie Abdul Hadi Mohamad Salleh.

    Sekadar info, kemelut rumah tangga Bella dan Aliff bermula apabila penyanyi asal Singapura itu ditangkap khalwat bersama aktres, Ruhainies oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium mewah, Pavillion Suites pada 9 Mac lalu.

    Bella kemudiannya membuat keputusan untuk memfailkan cerai terhadap suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada empat hari kemudian.

    ALSO READ:  Marcell Melarat: Saya Tidak Akan Pencen Selagi Saya Dipanggil

    Walau bagaimanapun sebutan pertama kes cerai itu terpaksa ditangguh susulan ketidakhadiran Aliff yang terikat dengan penggambaran drama ‘Terjerat’.

    Aliff kemudiannya enggan melafazkan cerai pada sebutan kes cerainya itu pada 4 April lalu dihadapan Hakim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

    Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

    Bella dan Aliff juga pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh idah.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts