Gambar: The South First
bertindak mengakhiri riwayat hidupnya sendiri dengan cara terjun dari bangunan tingkat 26 di sebuah pangsapuri yang terletak di Thrippunithura, Kochi, India.
Ibu dakwa anak dibuli
View this post on Instagram
Terbaharu, ibu kepada remaja berkenaan tampil mendakwa anaknya yang bernama Mihir Ahammed bertindak sedemikian kerana tidak tahan menjadi mangsa buli.
Memetik perkongsian Maktoob Media, wanita berkenaan mendakwa anaknya telah dipaksa untuk menghisap rokok elektronik serta dipaka menjilat mangkuk tandas.
Bukti yang kami dapat adalah sangat menyedihkan.
Anak kami (Mihir) telah menjadi mangsa buli. Dia dipukul, didera secara mental sehingga terpaksa menanggung satu penghinaan yang tidak terjangkau dek akal.
Mihir telah dibawa ke tandas secara paksa, disuruh untuk menjilat mangkuk tandas serta kepalanya ditolak ke dalam tandas.
Mihir juga telah dipaksa untuk menghisap rokok elektronik.
Bunuh diri sejam selepas pulang dari sekolah
Gambar: The South First
Sementara itu, memetik laporan portal The South First, Mihir difahamkan telah terjun dari tingkat 26 pangsapuri kediamannya kira-kira sejam selepas pulang dari sekolah.
Pihak polis kemudiannya mengklasifikasikan kejadian yang berlaku pada 15 Januari lalu itu sebagai bunuh diri.
Ibu mangsa juga mengesahkan bahawa pihaknya telah menghantar surat kepada pihak Ketua Menteri dan Ketua Polis Kerala meminta supaya siasatan ke atas kematian anaknya dijalankan secara telus.