Kisah rumah tangga pasangan pempengaruh, Jofliam dan Cik Epal masih menjadi bualan hangat netizen di media sosial. Malah pelbagai spekulasi mula timbul susulan pendedahan mengejutkan Jofliam mengenai hubungannya dengan isteri.
Meskipun pergolakan rumah tangga dipercayai masih belum selesai, rata-rata peminat pizza wagyu meminta Jofliam untuk kembali fokus terhadap perniagaan yang diusahakan olehnya itu.
Ibu mengandung mengidam
Terbaru, di Instagram Story, seorang ibu mengandung merayu kepada Jofliam agar membuka tempahan pizza wagyu dalam tempoh masa yang segera. Menurut wanita tersebut, ini merupakan kali keempat dia mengidam untuk makan pizza yang dibuat oleh Jofliam sebelum bersalin.
Bukan itu sahaja, wanita berkenaan turut mendoakan yang terbaik buat Jofliam sepanjang melalui ujian hidup.
Minta maaf Jofliam. Saya doakan yang terbaik untuk ujian Jofliam sekarang. Tapi saya sebagai ibu mengandung yang mengidam untuk kali keempat pizza wagyu merayu tolong open order semula sebelum saya bersalin.
Saya cuba makan pizza lain. Tapi tak menepati citarasa macam pizza wagyu Jofliam. Harap Jofliam pertimbangkan ya.
Berikutan daripada itu, Jofliam dilihat membalas komen wanita tersebut menerusi Instagram Story miliknya. Ujar Jofliam, dia memerlukan sedikit masa untuk berehat seketika. Ini kerana, mood untuk membuat adunan pizza perlu datang daripada jiwa.
Saya tahu perniagaan itu perniagaan. Jangan libatkan dengan urusan peribadi. Tapi buat adunan pizza ni kena dari jiwa. Izinkan saya rest sekejap. Saya boleh pulih InsyaAllah.
Rehat sekejap
Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai status hubungan Jofliam dan Cik Epal malah pelbagai spekulasi mula timbul mengenai rumah tangga mereka termasuk dakwaan kehadiran orang ketiga.
Kemudian, tular pula swafoto memaparkan Jofliam bersama seorang staf perempuannya yang dipercayai Dewi.
Walau bagaimanapun, Jofliam yang terkenal dengan Pizza Wangyu menafikan mempunyai hubungan istimewa dengan Dewi seperti yang didakwa ramai.