Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentIbu Kandung Musa Didakwa Dibayar Oleh Mizz Nina Untuk ‘Backup’, Athira Mengaku...

    Ibu Kandung Musa Didakwa Dibayar Oleh Mizz Nina Untuk ‘Backup’, Athira Mengaku Diperguna Oleh Noh Ketika Tandatangan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Isu ambil anak angkat hangat dibincangkan dalam media sosial lebih-lebih lagi selepas wujud nama-nama terkenal yang berkongsi cerita di laman sosial.

    Ramai yang mempersoalkan, kenapa mudah golongan ini ambil anak angkat sedangkan permohonan yang dibuat terlalu banyak dan prosesnya juga bukan mudah.

    Ada juga yang melempar dakwaan, mengaitkan kekayaan dan wang ringgit sebagai “pemudah cara”. Apa juga tuduhan, setakat ini belum dibuktikan.

    IKLAN

    Namun ramai pasti bersetuju dengan kenyataan bahawa anak itu merupakan amanah daripada Allah SWT tidak kiralah sama ada dia permata hati daripada zuriat sendiri atau anak angkat.

    Berbahas soal ini, baru-baru ini ibu kandung Musa yang merupakan anak angkat kepada aktivis kemanusiaan, Mizz Nina bernama Athira mendedahkan tidak pernah memberi hak penjagaan penuh anaknya kepada penyanyi Noh Salleh seperti didakwa penyanyi itu.

    Menurut Athira, semua kenyataan yang dikeluarkan Noh kepada media beberapa hari lalu adalah tidak benar dan menganggap dirinya sudah dimanipulasi lelaki itu.

    “Semua kenyataan Noh tidak benar dan saya dimanipulasi olehnya.

    “Ketika Noh minta saya menandatandangi Statutory Declaration (SD) iaitu akuan berkanun, dia mengatakan sekurang-kurangnya bila Nina ke luar negara, dia dapat menjaga Musa. Jadi saya fikir Nina sibuk dengan kerja dan izinkan dia menjaga Musa buat sementara.

    Dalam pada itu, sejak awal lagi Athira hanya memberi hak penjagaan penuh Musa kepada Nina sahaja dan bukannya Noh.

    Wanita itu juga berkata, dia tidak tahu-menahu mengenai perancangan pihak Noh untuk mengambil Musa pada 19 Disember lalu.

    Athira turut kesal apabila nama penuhnya tersebar selepas dia memohon permintaan maaf daripada Noh.

    “Saya tandatangani surat penyerahan itu di hadapan Pesuruhjaya Sumpah dan Nina adalah penjaga Musa yang sah.

    Menjawab dakwaan netizen mengenai dia dibayar oleh Mizz Nina, Athira sekali lagi menegaskan tiada unsur rasuah yang berlaku sebaliknya dia hanya mahu memberitahu kebenaran.

    “Saya tidak dibayar dan mahu Noh beritahu perkara sebenar mengenai semua yang dia rancang sehingga hal yang berlaku kini.

    “Saya juga sudah membuat laporan polis pada Januari lalu bagi tujuan keselamatan,” katanya lagi.

    Saling berbalas kenyataan, Noh turut mengeluarkan kenyataan mendakwa Mizz Nina bukanlah satu-satunya penjaga yang sah ke atas anak angkat mereka, Musa dan menyatakan dia turut menerima hak penjagaan sama daripada Athira.

    ALSO READ:  [VIDEO] Gelagat Che Ta Kantoikan Aaisyah Cetus Perhatian!-“Dapat Telefon Seminggu Sekali, Tapi Dia Tahu Semua Gossip!”
    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts