Seorang bayi perempuan meninggal dunia dalam keadaan tragis apabila badannya hangus terbakar selepas diletakkan di dalam ketuhar.
Baju dan lampin hangus terbakar
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan portal Sky News, kejadian menyayat hati itu berlaku apabila wanita yang dikenali sebagai Maria Thomas secara tidak sengaja meletakkan bayinya di dalam ketuhar untuk menidurkannya di waktu siang.
Bimbang dengan bayinya itu, Maria lantas menelefon dan memaklumkan tentang kejadian itu kepada bapanya.
Setibanya di kediaman Maria, lelaki berkenaan mengesan bau hangit di sekitar kawasan rumah dan mendapati cucunya itu sudah pun berada di atas katil dalam keadaan baju dan lampinnya hangus terbakar.
Lelaki tersebut kemudiannya menelefon pihak polis melaporkan kejadian tersebut dan hasil siasatan mendapati bayi berkenaan maut serta-merta di tempat kejadian.
Maria kini berada dalam tahanan polis dan bakal didakwa atas pertuduhan membahayakan kebajikan seorang kanak-kanak sehingga mendatangkan maut.