Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, October 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentIbu Meninggal Dunia Lepas Dapat Panggilan Anak Perempuan Ada Video Luc*h, Terlibat...

    Ibu Meninggal Dunia Lepas Dapat Panggilan Anak Perempuan Ada Video Luc*h, Terlibat Dalam Pemerdagangan Sek*

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Sekadar gambar hiasan

    Seorang wanita dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung selepas dimaklumkan anak perempuannya terlibat dalam kes pemerdagangan seks.

    Terkejut anak didakwa terlibat pemerdagangan seks

    Sekadar gambar hiasan

    Memetik laporan Live Mint, mangsa iaitu Malti Vema, 58, yang merupakan seorang guru telah menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang menyamar sebagai anggota polis, pada 30 September lalu. Individu terbabit kemudian memberitahu mangsa bahawa anak perempuannya ditahan dalam kes pemerdagangan seks.

    Bukan itu sahaja, lelaki terbabit mengugut akan menyebarkan video lucah anaknya sekiranya mangsa enggan membayar sejumlah wang yang diminta.

    Sementara menurut anak lelaki mangsa iaitu Deepanshu Rajpu, dia juga telah memaklumkan kepada ibunya bahawa nombor telefon tersebut adalah daripada penjenayah siber.

    Selepas itu, saya juga bercakap dengan kakak saya dan mendapati semuanya normal. Saya memberitahu ibu saya untuk tidak risau kerana dia adalah mangsa penipuan siber, tetapi dia tidak dapat mengawal tekanan dan kesihatannya semakin merosot selepas panggilan itu.

    Selepas mangsa pulang dari sekolah, dia mengadu sakit dada dan kegelisahan. Susulan daripada itu, keluarga membawanya ke hospital namun tidak lama kemudian, disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

    Difahamkan, polis kini sedang melakukan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,205FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts