Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentIbu ‘Meroyan’ Jerut Leher 3 Anak Sampai Mati, Letak Mayat Di Bilik...

    Ibu ‘Meroyan’ Jerut Leher 3 Anak Sampai Mati, Letak Mayat Di Bilik Bawah Tanah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Seorang jururawat yang juga bergelar ibu mengalami postpartum depression atau lebih dikenali sebagai ‘meroyan’ sehingga bertindak di luar kawalan dengan membunuh tiga anak kandungnya.

    Isteri ‘meroyan’, bunuh anak

    Wanita yang dikenali sebagai Lindsay Clancy telah mendirikan rumah tangga dengan suami, Patrick. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata Cora, 5, Dawson, 3, dan Callan, 8 bulan. Namun sejak mengandungkan anak ketiganya, Lindsay mengalami anxiety dan kesukaran tidur.

    Lindsay walau bagaimanapun telah mendapatkan rawatan. Tetapi siapa sangka, pada tanggal 24 Januari 2023, wanita itu bertindak diluar kawalan dengan menamatkan riwayat ketiga-tiga anaknya.

    Menurut sumber, sebelum kejadian, Lindsay telah meminta suaminya, Patrick untuk membeli ubat buat anak sulung mereka serta menyuruhnya membeli makan malam. Ketika berada di farmasi, Patrick merasa tidak sedap hati sebelum menghubungi Lindsay namun tidak berjawab.

    Tidak lama selepas itu, Lindsay menghubungi suaminya kembali tetapi pada masa yang sama, Patrick merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan isterinya.

    Tiga anak dijerut

    Setibanya di rumah sekitar 6 petang, keadaan sangat sunyi dan Patrick bergegas ke bilik utama dan alangkah terkejutnya apabila mendapati linangan darah pada lantai selain menemui sebilah pisau di atas meja. Dia kemudian melihat isterinya itu telah berada di atas tanah selepas terjun dari tingkat dua rumah mereka.

    Patrick kemudian bertanya kepada Lindsay keberadaan Cora, Dawson dan Callan dan wanita itu memberitahu ketiga-tiga anak mereka berada di bilik bawah tanah. Kesemua mereka dijerut dengan getah senaman di leher. Cora dan Dawson dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala Callan menghembuskan nafas terakhirnya di hospital.

    Menurut sumber, Lindsay dikatakan kerap mendengar bisikan halus selain mempunyai niat untuk membunuh diri. Difahamkan, Lindsay kini ditempatkan di pusat psikiatri mengakui merindui tiga mendiang anaknya.

    ALSO READ:  Kebakaran Van Jenazah Pertubuhan Amal Nur By Khiriah: Noorkhiriah Reda Percaya Ada Hikmah Di Sebalik Musibah

    Menerusi kenyataan terbaharu, Patrick menafikan dakwaan segelintir pihak yang menuduh Lindsay seorang wanita yang jahat sebaliknya dia menegaskan ketika kejadian, isterinya berada dalam keadaan tidak sihat.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts