Ibu kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, Siti Hafizah menafikan dakwaan mengatakan anaknya sudah kembali berbaik dengan bekas isteri, aktres dan penyanyi, Bella Astillah.
Fitnah sudah berbaik
Menerusi hantaran di Instagram, Hafizah memuat naik tangkapan skrin layar sebuah berita yang mendakwa hubungan Aliff dan Bella sudah kembali jernih.
Dalam berita itu, memaparkan gambar dua selebriti berkenaan berserta kapsyen Aliff berjanji tidak akan menyakiti hati Bella lagi.
Gambar Bella dan Aliff, hari ini mereka sudah berbaik. Aliff berjanji tidak akan buat Bella sakit hati.
Bagaimanapun, berita itu dinafikan oleh Hafizah dan mengatakan dakwaan tersebut adalah fitnah.
Alhamdulillah, terima kasih di atas fitnah ini. Semoga anda sentiasa dalam rahmah dan baraqah Allah.
Percaya bahawa dosa fitnah itu salah satu dosa yang sangat-sangat berat. Sangat tidak berbaloi buat anda di dunia dan akhirat nanti.
Sekadar info, Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan sah bercerai buat kali kedua pada 13 Jun tahun lalu.
Sebelum ini, mereka pernah berpisah pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh idah.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.