Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentIfa Raziah Beri Bayangan Pekerja Dipecat Seorang Pengacara? – ‘Dia Kata Mahu...

    Ifa Raziah Beri Bayangan Pekerja Dipecat Seorang Pengacara? – ‘Dia Kata Mahu Cari Duit Lebih, Saya Lepaskan Cara Baik’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Ifa RaziahIfa Raziah

    Selebriti dan usahawan popular, Datuk Ifa Raziah tidak mahu berfikiran negatif selepas membuat keputusan memecat dua orang kepercayaannya, baru-baru ini.

    Alasan cari duit lebih

    Ifa RaziahIfa Raziah

    Menurut Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha, dia merasa seperti dikhinati apabila individu tersebut sanggup berpaling tadah serta ‘menikamnya’ dari belakang.

    Bagaimanapun, katanya dia berlapang dada selepas membuat keputusan itu.

    Saya pecat dua pekerja saya kerana mereka tidak berlaku jujur kepada saya. Dia bukan tidak amanah tetapi tidak jujur. Saya sangat pantang apabila ada yang cuba menipu atau menikam saya dari belakang.

    Selama saya jadi artis, bermacam dugaan dan tomahan yang saya terima. Tapi apabila orang yang saya percaya dan kerja dengan saya bertahun-tahun, berpaling tadah. Saya rasa dikhianati dan disakiti.

    Saya tidak mahu fikir negatif, jadi saya kata dengan dia kalau sudah tidak mahu kerja dengan saya lagi, pergilah. Saya lepaskan. Saya penat dikhianati oleh orang saya percaya dalam perniagaan.

    Kalau dia fikir boleh berjaya di tempat lain, silakan. Konsep saya hidup perlu ‘move on’. Lima tahun dia kerja dengan saya. Tidak tahu apa kekurangan dan yang tidak puas hati dengan saya.

    Ifa berkata demikian ketika ditemui pada acara Starvendors Mega Raya Festival 2024 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pada Ahad.

    Dalam pada itu, Ifa mendakwa individu tersebut ‘angkat kaki’ dan tidak mahu lagi bekerja dengannya atas alasan ingin mencari sumber pendapatan yang lebih.

    Alasan dia bagi pada saya, gaji yang dapat dengan saya cukup tetapi dia mahu cari duit lebih lagi untuk tampung kehidupan dia. Saya kata tidak apa lah kalau rasa bagus di tempat lain, saya tidak akan halang. Tidak mahu nanti orang kata saya pentingkan diri dan kejam.

    Kalau rasa tindakan dia itu bagus dan ingin cari pengalaman, dipersilakan. Saya sentiasa fikir Allah beri ujian kerana ada hikmah.

    Seorang hos?

    Ifa RaziahIfa Raziah

    Sementara itu, disoal mengenai dakwaan mengatakan salah seorang individu yang dimaksudkan adalah seorang pengacara, Ifa terus mengiyakan.

    ALSO READ:  Shah Iskandar Syukur Layak Mohon Taraf Penduduk Tetap Di Malaysia – ‘Selepas 10 Tahun Tanpa Guna Kabel’

    Bagaimanapun kata Ifa dia tidak menyimpan perasaan dendam, sebaliknya percaya suatu hari nanti mereka akan saling memerlukan antara satu sama lain.

    Adalah juga seorang hos. Tapi saya okay sahaja. Saya cakap dengan dia tak nak gaduh, kerana satu hari nanti andai kata saya jatuh susah, saya akan minta tolong dengan dia juga. Saya lepaskan dan pecat dia secara baik.

    Saya tidak bermasam muka dengan dia, tetapi dia dengan saya tidak tahu lah. Saya memang maafkan, tetapi untuk bekerja itu tidak boleh sebab dia sekarang dengan ‘competitor’. Selama ini saya jaga hati orang, tapi orang yang tak jaga hati saya.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts