Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentIfa Raziah Menghormati Keputusan Ruhaines dan Berharap Netizen Berhenti Gerakan Boikot Festival...

    Ifa Raziah Menghormati Keputusan Ruhaines dan Berharap Netizen Berhenti Gerakan Boikot Festival Jualan Starvendors

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyanyi dan usahawan popular, Ifa Raziah akur dengan keputusan penarikan diri pelakon Ruhainies daripada menyertai festival jualan Starvendors KLCC Mega Raya Fest yang dijadualkan berlangsung pada 29 Mac hingga 1 April ini.

    Hormat keputusan Ruhainies

    Selaku penganjur acara berkenaan, Ifa tidak berhasrat untuk memanjangkan isu berhubung kontroversi yang membabitkan Ruhainies ketika ini.

    Rentetan kemelut yang melanda di antara dua keluarga Starvendors, kami sentiasa mendengar keluhan daripada semua pihak.

    Dan kami juga tidak berhasrat untuk memanjangkan isu ini. Kami akur dengan dan hormati keputusan Ruhainies untuk menarik diri dari menyertai acara di KLCC pada kali ini.

    Malah, Ifa turut berharap agar orang ramai tidak memboikot acara tersebut kerana akan menyebabkan ramai peniaga terjejas.

    Diharap dengan keputusan itu, semua pihak berpuas hati dan seterusnya menghentikan gerakan memboikot Starvendors Mega Raya Fest 2024.

    Matlamat dan usaha kami adalah untuk membantu usahawan dan artis serta memberi peluang kepada semua untuk mencari rezeki di bulan Ramadan.

    Walaupun tidak mahu perniagaan usahawan terjejas, kami tetap ingin menjaga hati dan perasaan semua pihak. Kami harap semua permasalahan dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin, ujar Ifa kepada

    Semalam, Ifa Raziah memaklumkan Ruhainies menarik diri sebagai salah seorang artis yang terlibat berniaga di karnival tersebut kerana enggan menjejaskan perniagaan orang lain.

    Ruhainies beritahu saya yang dia tarik diri. Dia dah lama fikir kerana tidak mahu perniagaan orang lain terjejas.

    Ruhainies didakwa bertindak demikian susulan kontroversi tangkap khalwat yang melibatkan dirinya dan aktor Aliff Aziz.

    The following two tabs change content below.

    ALSO READ:  Nadhir Nasar Pilih Naskhah, Tak Suka Tengok ‘Muka Sama’ Di Kaca Televisyen
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts