Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentIfa Raziah Sambut Raya Pertama & Kedua Di Kuala Lumpur, Raya Ketiga...

    Ifa Raziah Sambut Raya Pertama & Kedua Di Kuala Lumpur, Raya Ketiga Mungkin Terbang Ke London

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Seperti selebriti yang lain, selebriti dan usahawan popular, Datuk Ifa Raziah memberitahu kepada bahawa dia menyambut perayaan Aidilfitri pada tahun ini secara sederhana sahaja.

    Hanya tiga pasang baju

    Menurut Ifa Raziah, tahun ini dia akan menggayakan tiga pasang busana berwarna nude, hijau dan maroon. Tambahnya, mereka sekeluarga akan beraya di Kuala Lumpur pada hari raya pertama dan kedua.

    Tahun ini saya dan keluarga sambut raya secara sederhana. Setiap tahun kami akan beraya di Kuala Lumpur. Cuma, raya ketiga nanti InsyaAllah kami sekeluraga akan pergi bercuti ke luar negara.

    Disoal mengenai destinasi percutian, Ifa berkata, dia belum menentukan perkara itu lagi.

    Tiga tahun saya tak pergi bercuti. Asyik kerja, kerja dan kerja. Tapi tak tahu lagi destinasi mana yang kami akan kunjungi. Mungkin paling jauh London.

    Berbicara mengenai juadah kegemaran ketika hari raya, Ifa memberitahu dia sangat suka makan ketupat palas, rendang ayam dan daging, lontong serta asam laksa.

    sempat bertanya kepada Ifa mengenai momen hari raya yang tidak pernah dilupakan juga. Ujar pelantun suara ‘Ser Ser Ser’ ini, dia sangat merindui momen untuk bersalaman dengan kedua ibu bapanya.

    Saya sangat rindu momen pagi raya ketika bersalaman dengan ibu dan bapa. Mereka meninggal dunia 27 tahun yang lalu.

    Di akhir temu bual, Ifa berkongsi pandangannya mengenai perbezaan hari raya dahulu dan sekarang.

    Bagi saya, perbezaan untuk orang dewasa tiada sangat. Lebih kepada kanak-kanak. Sama macam kita semasa zaman kanak-kanak kita rasa meriah sebab dapat duit raya boleh pergi bercuti. Lagi satu, dulu zaman saya tiada media sosial. Sekarang setiap hari konten. Sebelum raya sampai selepas raya semua konten.

    ALSO READ:  [VIDEO] Nora Danish Akui Rumah Tangga Bergolak, Tidak Lagi Tinggal Sebumbung – ‘Perceraian Adalah Jalan Terakhir’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts